Saturday 8 March 2014

GAMBAR Majlis Pernikahan Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana.. [GAMBAR]

// // Leave a Comment

Siapa sangka perkenalan antara pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana akhirnya ke jinjang pelamin.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah selamat bergelar suami dan isteri dengan sekali lafaz di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara.

Majlis serba meriah itu menyaksikan kedua-dua mempelai memakai pakaian bertemakan warna putih dan diserikan lagi dengan kehadiran keluarga dan teman rapat.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Al Fadil Ustaz Mat Syaharuddin Al Rashid Bin Mat Isa dengan mas kahwin berjumlah RM1,111 tunai tepat jam 10.31 pagi.

Majlis pernikahan tersebut menyaksikan pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran berupa senaskah Al-Quran, sepasang kasut, produk penjagaan wajah berjenama Kiehl’s, buah-buahan, kek, sirih junjung, beg berjenama Boss, komputer riba Macbook dan sepersalinan pakaian dari pihak Sarah.

Manakala, pihak lelaki membalas tujuh dulang berupa sepasang kasut, komputer riba Macbook, buah-buahan, seutas jam tangan, sirih junjung, telekung dan kek.

Pakaian pengantin ditaja oleh Cosry Couture dan majlis yang serba indah ini turut mendapat beberapa tajaan lain, antaranya dari Nasyeed.Com, N’dah Mahligai, Khyro Design, Love Undefined Photography dan Ari Wedding Couture.

Turut hadir, Datuk Yusuf Haslam dan isteri, ahli keluarga kedua-dua mempelai, dan sahabat handai termasuk rakan artis dan selebriti tanah air.

Namun, majlis resepsi dijadualkan berlangsung pada malam ini di Dewan N’dah Mahligai Shah Alam terpaksa dibatalkan kerana kesihatan Syamsul masih belum stabil.

Jom lihat beberapa keping foto yang dikongsikan oleh portal hiburan OhBulan sewaktu majlis pernikahan mereka. Jom tengok di bawah!












Sumber

0 comments:

Post a Comment