Showing posts with label Kisah seram. Show all posts
Showing posts with label Kisah seram. Show all posts

Thursday, 5 June 2014

KISAH BENAR: Wanita Merana Hampir 20 Tahun Diganggu Dan Diperkosa Oleh Jin..


Kisah Benar Wanita Merana Hampir 20 Tahun Diganggu Dan Diperkosa Oleh Jin | Mukhadimah ; Gangguan jin saka adalah perkara yang boleh dikatakan kerap juga berlaku dalam sesetengah keluarga masyarakat Melayu. Ia adalah keadaan bila mana seseorang itu dihuni tubuhnya atau didampingi oleh jin (berbagai jenis) sama ada dia sendiri mahukan perkara itu atau dia terperangkap (oleh perbuatan oranglain), atau atas faktor keturunan.

Read More

Wednesday, 21 May 2014

MISTERI!!! Kisah Misteri Yang Terjadi Di Pulau Perhentian..

Kisah Misteri Di Pulau Perhentian | Difahamkan adanya kisah misteri atau cerita-cerita seram di Pulau Perhentian. Berikut merupakan antara cerita yang telah ditulis mengikut pengalaman pelancong yang pernah bercuti di Pulau Perhentian. Agak menyeramkan. Adakah kisah satu dan dua di bawah ini mempunyai kaitan?

Read More

Wednesday, 30 April 2014

Kewujudan Pontianak Jalan Sungai Ular, Kulim..

PONTIANAK JALAN SUNGAI ULAR

KISAH PONTIANAK DI JALAN SUNGAI ULAR, KULIM | SUNGAI ULAR (KULIM) - Gangguan makhluk halus atau mistik wujud dalam kalangan masyarakat kita hari ini bagaimanapun ada di antara mereka beranggapan ia satu kepercayaan tahyul.

Read More

Monday, 21 April 2014

SERAM!! Kisah Menyeramkan Di Petronas Jalan Subang Airport..


Kisah Menyeramkan Di Petronas Jalan Subang Airport | Ini merupakan pengalaman dan kisah benar seorang lelaki yang mana sangat menyeramkan. Kejadian berlaku di Petronas Jalan Subang Airport.
Read More

Sunday, 20 April 2014

KISAH SERAM DI APARTMENT RIVIERA II, CHERAS..

MISTERI APARTMENT RIVIERA II, TAMAN KENCANA, CHERAS | Kisah misteri dan menakutkan ini dikhabarkan benar-benar terjadi dan terpulang kepada anda untuk mempercayainya. Jom kita baca kisahnya di bawah.


Gambar hiasan.
Read More

Friday, 4 April 2014

SERAM!! 12 Gambar Candid Hantu Terbaik Di Malaysia. [GAMBAR]

Hantu merupakan satu istilah turun-temurun yang diberikan kepada iblis dan syaitan yang menyerupai satu objek yang menyeramkan untuk menakutkan dan menghasut manusia. Hantu tidak wujud kerana apa yang wujud hanyalah jin dan syaitan seperti yang tertulis di dalam Al-Quran. Ada sesetengah cerita kita pernah dengar, ada juga yang tidak pernah lagi. Adakah cerita itu benar kesahihannya? Wallahu'alam. Apapun berikut adalah koleksi 12 hantu yang diambil secara candid yang kelihatan secara tidak sengaja di dalam gambar yang diambil.

1. Hantu Budak Di Tol Plaza


Read More

Tuesday, 11 March 2014

SERAM! Kisah Seram Di Highway Bukit Grik & Highway Grik-Baling..

Gambar Hiasan

Kisah seram ini sebenarnya dikongsikan oleh seorang pembaca di forum CariGold... Layan~

Minggu lepas kami sekeluarga dapat berita adik Ipar aku eksiden motor dgn kereta kat Kg di Kuala Terengganu.

Jadi kami sekeluarga diminta utk balik mlm tu juga...
Tetapi dlm perjalanan (baru nak masuk Baling) kami dpt call, adik kesayangan kami dah pulang ke Rahmahtullah... Allah lebih sayangkan dia... Al-Fatihah...
Read More

Friday, 17 January 2014

SERAM!!! Tentera Jepun tanpa kepala...

KALAU anda ke Kuala Kubu Bharu, Selangor, saya cadangkan anda bermalam di sebuah banglo lama yang terdapat di situ. Cubalah rasai pengalaman misteri yang dikatakan sering berlaku di situ. Mungkin anda akan melihat apa yang akan saya ceritakan kali ini.

Untuk pengetahuan anda, banglo itu letaknya di lereng bukit, berhampiran pekan Kuala Kubu Bharu. Suatu ketika dahulu, ia dijadikan rumah tumpangan untuk pegawai-pegawai kerajaan dan dijaga oleh seorang pengawal keselamatan, Abdul Razak Musa. Razak tinggal bersama keluarganya di rumah pekerja, berhampiran banglo tersebut.

Sepanjang menjalankan tugasnya bermula pertengahan 1970-an, Razak dan keluarganya sering melihat jelmaan serta bunyi-bunyi pelik di sekitar kediaman itu.

Lewat malam, Razak pernah terdengar bunyi tetamu datang. Pintu pagar ditolak dan digoyang, dapat didengarnya dengan jelas. Bagaimanapun, apabila Razak keluar untuk membuka pintu pagar, didapatinya tiada sesiapa di situ.

Selang beberapa malam, isterinya melihat sekumpulan askar Jepun tanpa kepala berkawad masuk ke kawasan banglo sebelum hilang di hadapan pintu rumahnya. Jelmaan tentera Jepun ini turut dilihat oleh anak perempuan Razak.

Pada waktu lain mereka terdengar bunyi sekumpulan tentera berkawad, kelibat-kelibat hitam mundar-mandir dan lampu di dalam banglo terbuka serta tertutup dengan sendiri. Bunyi pintu dibuka dan ditutup juga sering didengar.

Kini Razak tidak lagi bekerja di situ. Banglo tersebut terbiar begitu saja dan dipenuhi semak-samun.

Untuk makluman anda, banglo itu asalnya kediaman jurutera Inggeris. Bagaimanapun, tentera Jepun kemudian merampas banglo tersebut dan menjadikannya sebagai markas. Pelbagai penyeksaan dan peristiwa ngeri berlaku di dalam banglo berkenaan.

Selepas pemergian Jepun, banglo itu diduduki semula. Namun, tiada siapa yang mampu tinggal di situ lebih daripada dua malam kerana tidak sanggup diganggu pelbagai jelmaan menakutkan.

Kisah banglo terbiar ini pernah disiarkan oleh majalah Infiniti, terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. pada Ogos 2009.

Seorang kenalan bernama Azri pernah bercerita kepada saya sebuah kisah misteri. Katanya, kejadian itu berlaku ketika dia masih di sekolah rendah.

Menurut Azri, semasa cuti sekolah, dia tinggal di banglo bapa saudaranya di utara tanah air. Banglo itu merupakan bekas kediaman pegawai Inggeris pada zaman penjajahan dahulu.

Suatu malam, Azri berbaring sendirian di ruang tamu banglo tersebut. Sekitar pukul 12.00 malam, Azri tiba-tiba terdengar bunyi seperti orang memasak di dapur. Bunyi orang menggoreng, membuat air di dalam teko, pinggan mangkuk disusun dan dicuci kedengaran jelas. Anehnya, dapur banglo itu gelap gelita.


BAYANGAN

Tidak lama kemudian, bayangan seseorang berpakaian kemas serta membawa beg bimbit melangkah turun dari bilik di tingkat atas, menuju ke bawah.

Bayangan itu pergi ke pintu depan dan berhenti di situ. Tidak lama kemudian, muncul seorang wanita dari arah dapur. Mereka berbual sesuatu sebelum lelaki itu keluar menembusi pintu depan yang tertutup rapat. Bunyi enjin kereta kedengaran dan kemudian keluar dari halaman rumah.

Sepanjang peristiwa itu, Azri hanya mematikan diri di atas sofa. Badannya menggigil kerana dia tahu, itu bukan manusia.

Apabila Azri menceritakan apa yang berlaku, bapa saudaranya hanya tersenyum dan berkata, sebenarnya lebih pelik daripada itu pun telah disaksikannya!

Sebagai wartawan, kes-kes sebegini sudah sering saya dengar. Lebih-lebih lagi di rumah yang terbiar kosong selepas kematian pemiliknya. Di rumah yang pemiliknya membunuh diri atau dibunuh, situasinya lebih menggerunkan. Ada orang yang melihat si mati mundar-mandir di dalam rumah, jelmaan si mati tergantung dan suara jeritan.

Para pengkaji paranormal Barat mengkategorikan jelmaan ini sebagai sisa-sisa entiti (Residual entity). Sisa entiti ini bermaksud jelmaan seseorang yang sering dilihat di sesuatu premis, sering kali berwarna hitam, separuh telus, berkabus serta berasap. Bagaimanapun, ada juga yang menyaksikannya jelas menyerupai imej orang yang pernah tinggal di premis tersebut.

Jelmaan ini bergerak seperti manusia yang masih hidup. Ia berjalan menaiki tangga, berdiri di dapur, mundar-mandir di dalam bilik, berlari dan sebagainya.

Melalui kajian mereka, pengkaji paranormal Barat mendapati apa yang disaksikan itu bukannya hantu. Ia sebaliknya ulang tayang kejadian yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu.

Lebih jelas lagi, kejadian itu telah dirakam oleh sesuatu di dalam premis berkenaan, kemudian diulang tayang semula pada waktu-waktu tertentu. Sifatnya seperti pita kaset dan pemain cakera padat.

Pelik bunyinya, bukan? Tentu juga anda bertanya, apakah objek yang telah merakam kejadian itu? Jangan terperanjat, sebenarnya pelbagai objek, baik dinding mahupun perabot, adalah objek yang boleh merakam sesuatu kejadian. Paling kuat daya rakamannya adalah air.

Fenomena ini dipanggil Stone tape theory. Ia bermaksud sesuatu itu dirakam oleh suatu objek lain yang tidak bernyawa. Teori yang diperkenalkan pada 1970-an ini menyatakan, benda-benda yang tidak bernyawa mempunyai keupayaan untuk menyerap beberapa jenis tenaga yang berasal daripada benda hidup.

Lebih mudah difahami, kalau suara boleh dirakam, begitu juga dengan visual kehidupan seharian kita. Rakaman itu berlaku ketika tercetusnya keadaan-keadaan tegang seperti tragedi pembunuhan atau insiden cemas yang mengancam nyawa.

Teori ini seterusnya menyatakan, emosi adalah suatu bentuk tenaga. Apabila berlaku insiden mencemaskan, emosi yang dilepaskan oleh seseorang itu adalah begitu kuat, hinggakan barang-barang yang terdapat di sekitar tempat kejadian seperti dinding dan perabot dapat menyerap serta merakam visualnya.

Rakaman itu akan terpendam di dalam objek-objek tersebut dan pada waktu tertentu, ia dipindahkan kepada orang yang berada di sekitarnya.

Pelik? Begini... setiap manusia mempunyai medan psikik yang tersendiri. Lain orang, lain tahap medan psikik mereka. Sebab itu kita sering mendengar, ada orang boleh merasai serta melihat entiti dan dapat ‘melihat’ apa yang bakal berlaku, sedangkan orang lain tidak.

Apabila berada di sesuatu tempat yang telah merakam suatu insiden, medan psikik seseorang itu secara tidak disedari telah ‘menangkap’ rakaman tersebut. Ia umpama keupayaan kita menemui gelombang siaran televisyen.

Rakaman insiden itu kemudian tertayang di hadapan mata si penerima seperti menonton sebuah wayang.

Oleh kerana itu, ada insiden yang rakamannya tidak dapat dilihat kerana cepat hilang. Sedangkan, ada insiden yang rakamannya mampu bertahan bertahun-tahun lamanya.

Kalau masih kurang jelas, tidak mengapa. Saya akan jelaskannya lagi dalam keluaran minggu hadapan. - Utusan.com.my
Read More

Saturday, 11 January 2014

Bayi Dalam Kandungan Dilarikan Bunian!!!



Keterujaan sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata kedua terbantut apabila kandungan yang sudah berusia lima bulan disahkan ghaib tiba-tiba, minggu lalu.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Liza, 30, berkata, seorang doktor perubatan mengesahkan janin dikandungnya ghaib ketika dia menjalani pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan, di sini.
Read More

Wednesday, 8 January 2014

Kota Iblis Yang Penuh Dengan Misteri Di China..


Di China, terdapat sebuah kota bernama Xinjian. Di kota ini, ada satu daerah terbengkalai yang digelar “Moguicheng” atau kota iblis (Devils’ Town). Disana ada beberapa istana kuno yang masih menjadi misteri. Orang-orang tempatan menyebutnya Moguicheng yang bererti Kota Iblis. Moguicheng, yang merupakan padang pasir terletak di wilayah Xinjian. Daerah ini merupakan daerah yang terbengkalai dan tidak ada seorang pun yang tinggal disini.
Read More

Thursday, 5 December 2013

CERITA SERAM!! Pontianak Tumpang Kereta Di Bukit Fraser..



MENGHABISKAN cuti hujung minggu di Bukit Fraser, Raub, Pahang sudah jadi amalan Ghazli dan Fazlin (buka nama sebenar) serta tiga anak mereka sejak setahun lalu.

Kerjaya Ghazli sebagai pemuzik dan isterinya, penulis sesuai dengan suasana semula jadi yang ditawarkan kawasan pelancongan berbukit di Banjaran Titiwangsa ini.
Read More

Tuesday, 19 November 2013

SERAM!! Kelibat Misteri Wanita Berambut Panjang DILIHAT Di Hospital Putrajaya….


Meskipun boleh dikategorikan antara pusat perubatan paling moden dan canggih di Malaysia, Hospital Putrajaya telah mengambil pendekatan spiritual berlandaskan agama apabila menjalankan upacara ‘memagar’.
Read More

Kisah Seram!! Bangunan Kerajaan Di Shah Alam Berhantu?

Kisah Seram! Bangunan Kerajaan Di Shah Alam Berhantu? | Bekerja di pejabat sehingga lewat malambukanlah satu kehendak. Namun di atas desakan orang atasan yang mahukan sesuatu ‘task’ disiapkan segera, terpaksalah berkorban masa. Hendak siapkan di rumah, mungkin memakan masa atau tidak fokus. Jadi di pejabatlah hanya sesuai untuk menyiapkan kerja tersebut. Di bawah ini terdapat satu kisah seram di mana seorang wanita mendakwa diganggu ketika sedang menyiapkan tugasannya.

Read More

Tuesday, 12 November 2013

SERAM!! Sembilan Jin Berkawan Dengan Siti Dimasukkan Dalam Botol..

Sembilan Jin Berkawan Dengan Siti Dimasukkan Dalam Botol | Selepas 15 minit kedua-dua bomoh itu merawatnya, rakan bomoh di luar rumah ternampak satu lembaga dan terus mengejar lalu berjaya menangkap makhluk jin berkenaan.Kerja menangkap berkenaan berlangsung satu demi satu sebelum sembilan jin atau makhluk halus berjaya ditangkap, menyebabkan beratus-ratus penduduk setempat menyerbu rumah gadis itu dan melihat usaha bomoh menangkap makhluk itu.


Read More

Monday, 4 November 2013

Kisah Benar Pengalaman Hj Lokman Bersihkan Jin Di Kawasan Ayah Pin..


Kisah Benar Pengalaman Hj Lokman Bersihkan Jin Di Kawasan Ayah Pin | Assalamualaikum semua, sebenarnya mungkin ramai dah tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama, tapi ada baiknya kalau kita baca kembali untuk buat renungan bersama…
Read More

Sunday, 3 November 2013

SERAM!! Highland Tower buat anda ‘meremang’…


KISAH runtuhan Highland Tower barangkali adalah kisah baharu bagi golongan muda yang lahir sekitar awal 1990-an.

Namun, bagi mereka yang pernah mengikuti perkembangan kes runtuhan yang berlaku pada 11 Disember 1993 sehingga mengorbankan 43 nyawa, pasti tahu banyak kisah yang terdengar selepas kejadian yang meninggalkan sejarah buat negara itu.
Read More

Monday, 16 September 2013

SERAM!!.. Jalan Berpuaka Di Pendang Kedah..


Pelbagai kisah sering diceritakan penduduk kawasan Pendang terutamanya mereka yang daripada beberapa kampung berhampiran sepanjang laluan Titi Haji Idris yang dikatakan mempunyai perkara misteri disitu.
Read More

SERAM!!.. Kelibat Wanita Berkebaya Merah di Jalan Raya..


Kisah Benar Misteri Wanita Kebaya Merah Edisi Meremang Bulu Roma | MOHD. Fitri tidak menyedari ada imej ‘lembaga’ berbaju merah di belakang isterinya di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula. Kisah ini adalah kisah benar.
Read More

Sunday, 1 September 2013

SERAM! Kisah Seram Di Highway Bukit Grik & Highway Grik-Baling..

Gambar Hiasan

Kisah seram ini sebenarnya dikongsikan oleh seorang pembaca di forum CariGold... Layan~

Minggu lepas kami sekeluarga dapat berita adik Ipar aku eksiden motor dgn kereta kat Kg di Kuala Terengganu.
Read More

Wednesday, 31 July 2013

Misteri! KLIA Dikatakan Berhantu?

Tiada siapa dapat menafikan bahawa KLIA antara lapangan terbang yang dianggap terbaik dunia sehingga menerima banyak anugerah. Namun ada cerita yang kurang enak didengari. Biarpun kesahihannya diragukan, cerita ini mula tersebar. Cerita yang dimaksudkan di sini adalah tentang misteri beberapa tempat di KLIA dikatakan berhantu dan berpenunggu. Kisah di bawah ini diceritakan mengikut lokasi-lokasi yang diceritakan oleh beberapa orang yang dipercayai ‘bertemu’ dengan lembaga misteri. Ikuti kisah di bawah ini.

Read More