Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Wednesday, 4 June 2014

Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!!!. Baca Sampai Habis, Bodohnya Kita Selamat Ini Ditipu..


Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.
Read More

Thursday, 29 May 2014

Sekiranya Kita Meninggal Dunia Di Mekah.. Proses Pengurusan Jenazah di Kota Mekah..

Beginilah perjalanan yang perlu dilalui sekiranya kita meninggal dunia di Mekah. Di sini, kita akan dikebumikan tanpa batu nissan.Simpel je....

Read More

Thursday, 1 May 2014

19 Perkataan Yang Diharamkan oleh Brunei Untuk Bukan Islam


BANDAR SERI BEGAWAN – BRUNEI. Kerajaan Brunei mengharamkan penggunaan 19 perkataan, termasuk ALLAH dan masjid, oleh orang bukan Islam di negara itu.



Brunei Times melaporkan, pengharaman itu berkuat kuasa bulan ini di bawah Kod Penal Syariah.
Read More

Monday, 28 April 2014

DOSA YANG TIDAK DIAMPUNKAN ALLAH WALAUPUN BERTAUBAT..

6 DOSA YANG TIDAK DIAMPUNKAN ALLAH SWT WALAUPUN DENGAN TAUBAT | Disaat kita hidup aman cukup makan tidur selesa, pernahkah kita berfikir tentang dosa kita? Dosa besar dan kecil. Kita meminta diampunkan dosa kepada Allah, namun terdapat dosa yang tidak akan diampun oleh Allah. Mari baca 6 dosa yang tidak diampun ini.

DOSA YANG TIDAK DIAMPUNKAN ALLAH WALAUPUN BERTAUBAT

Read More

Tuesday, 22 April 2014

10 Pintu Syaitan Ke Dalam Diri Manusia..



10 Pintu Syaitan Ke Dalam Diri Manusia | Mengikut ulama’, syaitan akan menguasai tubuh manusia melalui 10 pintu iaitu:
Read More

Thursday, 17 April 2014

(VIDEO) USTAZ DON JAWAB TEGURAN WARDINA – VIDEO DIEDIT UNTUK TUJUAN PROPAGANDA?


Kecoh juga sehari dua ini dengan kisah Wardina Saffiyah tegur ceramah Ustaz Don Daniyal yang dikatakan menggunakan hadis palsu. Wardina juga menyeru para ulama Malaysia dan pihak berkenaan agar mengkaji ceramah yang diberi oleh Ustaz Don.

Read More

Wednesday, 16 April 2014

Wardina Safiyyah Mengkritik Ustaz Don Daniyal Di Facebook..


Wardina Safiyyah telah menyeru para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula kandungan ceramah oleh Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan. Sebelum itu Wardina ada berkongsi mengenai kompilasi video KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL dari seorang wanita yang bernama Nur Puteri Dayana disini dengan menulis ayat-ayat berikut:
Read More

Monday, 14 April 2014

VIDEO: Raja Azmi Jawab Isu Tak Pakai Tudung Lepas Balik Umrah..



Sebenarnya, mudah saja. Kalau tak ada ilmu bab agama usahlah kita pandai-pandai keluarkan kenyataan mengikut logik fikiran semata-mata.

Itulah yang boleh dikatakan terhadap komen berani mati yang dikeluarkan oleh Raja Azmi dalam program hiburan terbitan TV9, Galaksi.

Read More

Thursday, 3 April 2014

VIDEO: Dr. Haron Din Berkongsi Saat Melihat Wajah Rasulullah Dalam Mimpinya…



DATUK Dr. Haron Din sering diceritakan pernah bermimpi menemui Rasulullah namun jarang sekali beliau berkongsi pengalamannya itu dengan orang ramai.

Bagaimanapun dalam satu ceramahnya tahun lalu, Haron menceritakan mimpinya itu dalam satu ceramah agama.

” Tidak terperi betapa indahnya pengalaman melihat insan sesempurna manusia…pakaian tidak cantik tidak lawa tetapi amat menarik.

” Mukanya amat-amat menarik…wanginya sampai lepas bangun tidur pun saya masih terasa wangi itu.

” Kenangan itulah yang saya simpan, yang saya tak banyak cerita pada orang,” katanya sambil menitiskan airmata.

Saksikanlah video di bawah…Wallahualam… 

Sumber: Mynewshub.my


Read More

Monday, 31 March 2014

Luasnya Neraka Jahanam!!!


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindungilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH……AMIN…..

Read More

Thursday, 27 March 2014

Fenomena Ditindih Ketika Sedang Tidur..




Fenomena Ditindih Ketika Sedang Tidur | Fenomena ini mungkin telah seringkali dialami oleh segenap lapisan masyarakat. Tidak kurang juga yang mengaitkan fenomena ini dengan kewujudan hantu/syaitan yang dikatakan ‘menggangu’ manusia yang sedang tidur. Sukar untuk mengetahui kebenaran hal tersebut kerana tiada bukti mahupun teori kukuh yang dapat mengaitkan fenomena ini dengan gangguan hantu/syaitan.
Read More

Wednesday, 26 March 2014

Kisah Teladan: Kisah Anak Derhaka Belikan Daging Babi Untuk Ibu Berbuka..


Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini. Sekitar awal 90an, seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan, dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria.
Read More

Monday, 17 March 2014

MH370: Saya Tak Peluk Islam Kalau Tengok Perbuatan Syirik Ini - Prof Dr. Ridhuan Tee Abdullah..


MENGGUNAKAN bomoh dan sihir mencari MH370 telah menjadi bahan ketawa dunia. Rakyat Malaysia di luar negara, termasuk anak-anak saya yang berada di Iskandariah, Mesir, amat malu dengan kejadian ini.

Kita sering mendakwa, kita adalah negara Islam contoh. Hari ini, kita sedang ditertawakan kerana percaya kepada perkara-perkara khurafat, tahyul dan tidak masuk akal.
Read More

Wednesday, 12 March 2014

Punca NASA Sembunyikan Fakta Kota Mekah Terbongkar.. [GAMBAR]



Ternyata Bukan GMT Bukan Di Greenwich, Makkah adalah pusat bumi yang sebenar.“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”

Kaabah, rumah Allah sejuta umat muslim merindukan berkunjung dan menjadi tetamu – tetamu Allah sang maha pencipta. Kiblatnya (arah) umat muslim dalam melaksanakan solat, dari mana-mana negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat ini.
Read More

Thursday, 13 February 2014

KISAH BENAR: PASANGAN 'CINTA TERLARANG' MAUT DALAM KEMALANGAN NGERI AKIBAT 'BERMESRA' DENGAN IBU SENDIRI

Gambar hiasan

Ini merupakan satu kisah benar yang diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara semenanjung.. Sama-sama kita renungi dan hayati kisah ini, jadikan pengajaran!

Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalangan yang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. Oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil namun tiada apa yang terjadi disana. Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai.
Read More

Monday, 27 January 2014

Gadis Terima Balasan Serta Merta Kerana Pertikai Hukum Allah S.W.T.. [GAMBAR]

Sebagai Orang Islam kita dituntut oleh Agama agar sentiasa menjaga aurat kita.. Selain daripada tuntutan agama, kaum Hawa  juga dapat menghindari daripada perbuatan zalim daripada  orang lain.. Di bawah ini terdapat sebuah kisah yang melibatkan seorang gadis. Gadis ini mempunyai imej yang bukan seperti seorang Islam. Ikuti kisah apakah yang menyebabkan gadis ini diberi balasan oleh AllahSWT.


Sekadar gambar hiasan

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Read More

Tentera Yang Berjaya Realisasi Sabda Rasulullah S.A.W.



Sebaik-baik ketua dan tentera

Pada hari itu, majoriti penduduk Costantinople bersembunyi di gereja-gereja sekitar kota. Sultan Muhammad Al-Fatih berpesan kepada tenteranya supaya bermuamalah dengan baik kepada penduduk Costantinople sambil mengucapkan tahniah kepada tenteranya yang berjaya merealisasikan sabda Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali parit khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Dengan penuh rasa syukur dan tawadhu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah sujud ke bumi mengucapkan sebesar-besar syukur ke hadrat Allah atas kemenangan bersejarah itu.

Beliau kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofya yang ketika itu menjadi tempat perlindungan sejumlah besar penduduk kota berkenaan. Ketakutan jelas terbayang di wajah masing-masing bilamana beliau menghampiri pintu. Salah seorang paderi telah membuka pintu gereja, dan Al-Fatih meminta beliau supaya menenangkan sekalian mereka yang ada. Dengan toleransi Al-Fatih, ramai yang keluar dari tempat persembunyian masing-masing bahkan ada di kalangan paderi yang terus menyatakan keislaman mereka.

Selepas itu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengarahkan supaya gereja berkenaan ditukar menjadi masjid supaya Jumaat pertama nanti akan dikerjakan solat di masjid ini. Para pekerja bertugas bertungkus lumus menanggalkan salib, patung dan gambar-gambar untuk tujuan berkenaan. 

Pada hari Jumaat itu, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama para muslimin telah mendirikan solat Jumaat di Masjid Aya Sofya. Khutbah yang pertama di Aya Sofya itu telah disampaikan oleh Asy-Syeikh Ak Semsettin. 

Pada hari itu juga Sultan Muhammad Al-Fatih telah bersumpah bahawa barang siapa yang menukar Masjid Aya Sofya kembali kepada gereja, maka akan berolehlah kutukan dan laknat darinya dan Tuhan Masjid Aya Sofya itu.

Nama Costantinople kemudiannya ditukar kepada "Islam Bol", yang bermaksud "Bandar Islam" dan kemudiannya dijadikan sebagai ibu negara ketiga Khilafah Othmaniyyah selepas Bursa dan Edirne. Kekallah bumi yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan dan keagungan Islam berkurun lamanya sehinggalah Khilafah Othmaniyyah ditamatkan sejarahnya oleh Mustafa Kamal Ataturk secara rasminya pada tahun 1924M.

Aya Sofya kembali dikristiankan oleh Ataturk atas nama muzium. Gambar- gambar syirik kembali bertempelan di kubah masjid yang berdukacita itu. 

Manifesto Parti Refah pada pilihanraya yang lalu untuk mengembalikan Masjid Aya Sofya ke kegemilangan sejarahnya, berkubur buat sementara dengan pengharaman parti itu beberapa tahun yang lalu. 

Sesungguhnya seluruh umat Islam merindukan suara azan membesarkan Allah kembali berkumandang di menara Aya Sofya. Semoga Istanbul kembali ke pangkuan Islam dan muslimin. Amin ya Rabbal 'Alamin...

*Sumber dari gptd-alfatih.blogspot.com
Read More

Friday, 24 January 2014

ALLAHUAKBAR!! Pelajar UIA Mimpi Bertemu Nabi Muhammad S.A.W..



KISAH PELAJAR UIA MIMPI BERTEMU RASULULLLAH S.A.W | Yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Read More

Wednesday, 22 January 2014

Dr. Haron Din NAFI Tangkap Buaya Di Brunei!! [GAMBAR]

GAMBAR: Dr. Haron Din NAFI Tangkap Buaya Di Brunei!


Assalamualaikum wbt.

Di maklumkan bahawa gambar (contoh spt dilampirkan) dan maklumat yang tersebar melalui Facebook dan media perhubungan lain pada hari ini mengenai penangkapan buaya oleh tuan guru adalah KURANG TEPAT.
Read More

Tuesday, 21 January 2014

Di sebalik kisah Cikgu Choy, guru muallaf dipaksa buka tudung..

Rombongan I-Guru melawat Cikgu Choy Yi San (dua dari kanan)
Rombongan I-Guru melawat Cikgu Choy Yi San (dua dari kanan)


Diskriminasi dan penindasan terhadap pekerja Islam di premis bukan Islam sering diperkatakan. Ia telah mencetuskan kebimbangan dan rasa tidak puas hati kepada penganut Islam. Ia juga memberi mesej buruk bahawa kedudukan orang Islam di negara Islam sendiri tidak dihormati.
Read More