Rasanya nama Hanez Suraya sememangnya layak bergelar trending untuk 2 minggu kebelakangan ini. Mana taknya, setiap hari ada sahaja kemaskini mengenai kisah percintaannya bersama jejaka yang masih berstatus suami orang itu.
Walaupun telah membuat kenyataan bahawa dia ingin bertemu dengan isteri kekasihnya, Liyana Manan untuk menyelesaikan isu ini secara baik, imej Hanez nampaknya masih gagal dibersihkan.
Terkini, ada desas-desus mengatakan ada pihak mahu membuat ‘Gerakan Baling Telur’ kepada Hanez semasa pementasan Teater Projek Kahwin berlangsung kelak.
Tindakan untuk mensabotaj Hanez di teater terbitan Mask Team itu dikatakan dirancang oleh pihak yang amat marah dengan tindakan pelakon itu.
Poster rasmi Teater Projek Kahwin
Penerbit ‘Teater Projek Kahwin’, Amir Shawn ketika dihubungi sebentar tadi mengatakan bahawa ianya adalah tidak wajar untuk mensabotaj teater tersebut semata-mata kerana isu Hanez.
“Saya rasa semua itu sekadar isu mainan siber sahaja. Bukan mahu mencabar, tetapi negara mempunyai undang-undang dan janganlah buat benda yang sedemikian. Lagipun, Istana Budaya merupakan pentas bertaraf antarabangsa dan sudah pasti kawalan keselamatan lebih ketat.”
Jika benar gerakan ini bakal dilakukan, ianya secara tidak langsung bukan sahaja bakal menjejaskan periuk nasi Hanez, tetapi juga membabitkan sumber pendapatan krew yang terlibat sama dengan pementasan teater tersebut.
Mengulas mengenai penjualan tiket yang dikhabarkan mungkin terjejas akibat kes ini, Amir Shawn berharap agar penonton bersikap lebih profesional dalam membezakan kerjaya dan hal peribadi.
“Saya harap penonton dapat memberi sokongan kepada naskhah yang ingin dipentaskan kerana ianya juga membabitkan ramai pelakon lain. Isu Hanez itu haruslah ditolak ketepi kerana setakat ini pelakon itu tidak memberi sebarang masalah kepada pihak produksi.”
Apa yang diperkatakan oleh penerbitnya itu ada asasnya kerana jangan disebabkan nila setitik, maka rosak pula susu sebelanga.
0 comments:
Post a Comment