Ezany Dedah Perangai Sharnaaz, Sokong Sharnaaz || Ekoran kes gaduh Sharnaaz yang terbaru, pelakon Ezany Nizariff telah mendedahkan perangai Sharnaaz yang sebenar ketika di luar. Dia bukanlah sejahat atau kurang ajar seperti yang ramai sangka.
Kata Ezany:
Pelakon Shahnaz yg sy kenal,seorang yg hormat pelakon senior,sopan n sentiasa beri kerjasama.mungkin klu timbul isu mengenai beliau,kerana beliau bukan plastik yg bercakap belakang.tetapi akan terus kedepan dan bertanya.mungkin pihak lain tak suka dgn cara beliau.bagi saya beliau tidak plastic.steady bro!
Sementara itu ramai juga orang yang menyatakan pengalaman bersama Sharnaaz. Antaranya pelakon extra yang akui Sharnaaz amat mesra dan sering bergurau senda bukanlah garang dan bengis.
Kata Marlin yang pernah berlakon dengan Sharnaaz dalam filem "Sindiket":
Saya brpeluang krjasama dgn Shahnaaz Ahmad dlm filem Sindiket arahan Bade Hj Azmi, film ni shooting di Sabah...sya terkejut bila baca media katakn shahnaaz pemarah, keras dll..tapi bila in person semua itu tidak benar..malah dia respek pelakon kecil spt saya..sya tak lupa beliau selalu bergurau, dgn mngatakan ' bang misai kami sama'
Apapun diharap kes ini dapat diselesaikan dengan baik.
Sumber: hotlips-yuya.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment