Keras amaran atau kata dua yang diberikan Sharnaaz Ahmad kepada pasangan suami isteri, Lisdawati & Fauzi Nawawi selepas mereka tampil mengadu di media berkaitan ‘serangan’ dan ugutan yang dilakukan jejaka itu.
Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Sharnaaz Ahmad berkata beliau memberikan tempoh seminggu kepada Fauzi Nawawi dan isterinya untuk meminta maaf secara terbuka atau bakal berhadapan dengan tindakan undang undang.




