Friday, 17 January 2014

FAKTA ATAU AUTA??? Kes Komando HILANG Di Laut…Sesat Atau Pergi Makan Kenduri???

// // Leave a Comment
heroeszeroestrainingmissionchart1701

MELAKA – Pada Disember lalu, negara gempar dengan berita kehilangan 13 anggota komando ketika sedang menjalani latihan di laut. Mereka kemudiannya ditemui hidup dan diselamatkan.

Ekoran kejadian itu Kerajaan Negeri Melaka mahu menganugerahkan pingat keberanian tertinggi di negeri ini kepada mereka. Dan mereka bakal menerima tidak lama lagi.

Tetapi kemudian timbul berita bahawa pegawai atasan mereka tidak mempercayai kisah 11 pelatih dan dua tenaga pengajar itu.

Dan pada ketika pihak tentera memulakan siasatan mengenai apa yang sebenarnya berlaku, seorang wakil kumpulan itu membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa mereka telah diseksa bagi menarik balik keterangan mereka berhubung kejadian yang berlaku di laut bulan lalu itu.

Seorang pegawai Kementerian Pertahanan mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan berhubung kejadian 13 anggota komando yang hilang selama 29 jam di perairan Pulau Upeh pada 7 Disember lalu.

Beliau enggan mengulas lanjut tetapi satu sumber berkata, cara bot kumpulan itu “sesat” dari laluan biasa telah membangkitkan syak wasangka terhadap mereka.

Difahamkan yang pihak tentera sedang menyiasat mengenai dakwaan pelatih dan pengajar dari kumpulan komando yang hilang itu sebenarnya menghadiri kenduri pada malam yang sama mereka mengatakan mereka hilang dan hampir lemas di laut.

Ini dipercayai merupakan kali pertama bot pasukan komando dilaporkan hilang semasa latihan malam yang dikendalikan oleh Kem Komando Sungai Udang sejak beberapa dekad yang lalu.

Difahamkan juga bahawa siasatan tentera perlu melihat keterangan yang bercanggah daripada apa yang berlaku pada misi latihan.Pelatih yang membuat laporan polis di Alor Gajah pada Ahad lepas memberikan keterangan versi mereka mengenai apa yang berlaku apabila lima bot yang digunakan dalam latihan tersebut dilanda ribut.

Menurut pelatih yang berusia 21 tahun dari Kuala Lumpur, ribut melanda bot mereka pada pukul 7.30 malam menyebabkan ia hanyut sehingga hampir mencapai sempadan maritim antarabangsa.

Beliau berkata, mereka melihat puluhan kapal komersial melintas di perairan itu pada petang 8 Disember dan cuba untuk menarik perhatian mereka tetapi sia-sia.

Kemudian menjelang pukul 6.30 petang, salah seorang pengajar berjaya membaiki enjin bot yang rosak dan mereka menuju ke pantai, tetapi mereka kehabisan minyak dan terpaksa mendayung sepanjang perjalanan, kata pelatih itu.

Beliau berkata, mereka tiba di Pantai Putri pada pukul 12.30 tengah malam pada 9 Disember dan sebaik sahaja mendarat sebahagian daripada mereka bergegas ke gerai makan kerana terlalu lapar.

Pengunjung di gerai berkenaan mengetahui bahawa mereka merupakan tentera yang dilaporkan hilang sebagaimana hang dilaporkan dalam media dan kemudian memberitahu pihak polis.

Tetapi kesemua 13 mereka bergegas kembali ke Kem Terendak sebelum mereka dimasukkan ke wad selama tiga hari kerana mengalami lelasan dan dehidrasi.

Dalam laporannya, pelatih itu mendakwa bahawa pegawai atasan mereka enggan untuk mempercayai cerita mereka, dan memaksa mereka pergi ke laut dan dihukum berdiri sehingga air pada paras leher bagi memaksa mereka menceritakan kisah sebenar.

Beliau mendakwa mereka kemudiannya dibawa ke sebuah kem tentera di Kuala Lumpur dan disoal siasat.

Menurutnya lagi malah salah seorang pelatih mempunyai jari dikepit di antara dua keping kayu untuk memaksa membuat pengakuan palsu.

Sementara itu, seorang pegawai Kementerian Pertahanan berkata, bahawa surat siasatan tentera telah dihantar kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berhubung kejadian itu.

Idris, yang mengumumkan hasrat untuk menyampaikan anugerah pingat keberanian negeri iaitu Bintang Gagah Perkasa kepada kesemua mereka bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen berhubung versi terbaru insiden berkenaaan. – mStar Online

p/s: Tidak kira betul atau benar.. Tindakan Ketua Menteri Melaka untuk menganugerahkan Pingat Keberanian Negeri iaitu Bintang Gagah Perkasa kepada anggota Komando yang HILANG dilaut bukannya HILANG KETIKA BERPERANG adalah benda yangtidak masuk akal..

0 comments:

Post a Comment