Saturday, 18 January 2014

PELIK!! Perut Budak 12 Tahun Di Penuhi Segumpal Bebola Rambut.. [GAMBAR]

// // Leave a Comment


Doktor di China berjaya mengeluarkan segumpal bola rambut besar yang memenuhi 70 peratus isi perut seorang gadis berusia 12 tahun yang berasal Negeri Tirai Bambu itu. 

Ibu gadis tidak disebutkan namanya itu mencari bantuan perubatan kerana melihat anaknya telah kehilangan berat badan dan rambut panjangnya selama setahun belakangan ini, seperti yang dilaporkan oleh laman emirates247.com, Jumat (17/1). 

Ketika melakukan tomografi terkomputasi (CT scan), di dalam perut gadis itu ditemui sebuah gumpalan rambut seberat 453 gram. 

Selepas menjalani pembedahan, ibu gadis itu dan doktor terpegun mendapati di perut perempuan itu mengandungi banyak rambut.

Ibu gadis itu mengatakan dia memang kerap melihat anak perempuannya meletakkan rambut di mulutnya, tetapi dia tidak berfikir rambut itu akan dimakan.

Gadis itu didiagnosis mengalami gangguan psikologi yang menyebabkan dia makan rambut, kotoran, dan barang-barang aneh lainnya.



Sumber

0 comments:

Post a Comment