Friday, 17 January 2014

SYAHDU DAN SEDIH.. Anak Mangsa Perang Syria Tidur Antara Pusara Ibu, Ayahnya..

// // Leave a Comment
SyriaBoy

SYAHDU dan sedih apabila melihat foto apabila melihat foto di atas menunjukkan seorang kanak-kanak yang tidur di tengah-tengah antara pusara kedua ibu bapanya di Syria.

Ya Allah.. betapa kasihannya melihatkan nasib anak-anak di Syria yang kehilangan anggota keluarga khasnya ibu dan ayah ekoran peperangan dalaman di negara itu.

Betapa kejam rejim Presiden Syria Bashar Al-Assad membunuh penduduk Syria yang tidak berdosa.

Bukan sahaja ibu bapa, kanak-kanak yang tidak bernasib baik juga menjadi korban dek kerakusan manusia dalam mengekalkan kuasa mereka.

Foto kanak-kanak ini dimuatnaik melalui akaun Twitter @NotaUsrah dan ia telah diulang tweet sebanyak 162 kali oleh pengguna Twitter yang lain.

Kita di Malaysia bersyukur kerana ibu bapa masih ada ibu bapa dan masih sihat, kematian ibu bapa di Malaysia jika tidak kerana sakit atau pun kemalangan, tidaklah ada disebabkan peperangan.

Penulis berasa cukup syahdu melihat gambar ini.

Mudah-mudahan kanak-kanak ini akan menerima pembelaan dan dapat hidup dengan baik dengan pendidikan yang sempurna disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab dan masih berperikemanusiaan.

Sumber

0 comments:

Post a Comment