Mereka Ini Bukan Lagi Binatang Tetapi Syaitan! LONDON - UNITED KINGDOM. Seorang pakar bedah di Britain mendakwa wanita hamil menjadi sasaran penembak hendap di Syria.
Dr David Nott yang berada di Syria selama lima minggu mendedahkan kumpulan penembak hendap tersebut turut menganggap tindakan kejam itu sebagai satu 'hiburan' untuk mereka.
"Mereka sengaja menembak ke arah orang awam tanpa sebab. Saya pernah merawat dua wanita sarat hamil yang terpaksa menerima hakikat kehilangan bayi masing-masing selepas peluru menembusi uterus mereka.
"Insiden tersebut sememangnya menyayat hati dan ia pertama kali berlaku sepanjang tempoh perkhidmatan saya," jelasnya pada laporan AFP.
Menurutnya, beliau telah merawat lebih enam wanita hamil yang menjadi mangsa tembakan ketika beliau berkhidmat secara sukarela di sebuah hospital di negara bergolak tersebut.
Difahamkan, Nott pernah berkhidmat sebagai pakar bedah kecemasan di zon perang seperti Bosnia, Libya dan Republik Congo sejak 20 tahun lalu.
0 comments:
Post a Comment