Hashima Island atau yang juga dikenali sebagai Gunkanjima ( Battleship Island ) kerana bentuknya yang menyerupai kapal perang, merupakan sebuah pulau seluas 60,000 meter persegi di laut lepas Nagasaki , Jepun.
Pada 1950 , pulau itu merupakan rumah bagi beribu-ribu pekerja lombong arang batu dan ditutup pada 1974. Semenjak itu , pulau tersebut telah terbengkalai hingga filem agen 007 kembali menemuinya .
Pulau itu memang ditinggalkan begitu saja hingga menjadi runtuhan , bangunan konkrit kosong, dan kemudahan perlombongan yang mewujudkan suasana seram . Bangunan usang dan barang -barang yang ditinggalkan para pelombong batu arang membuat tempat ini seperti pulau yang paling terpencil di Bumi . Tak menghairankan bila Raoul Silva ( dilakonkan oleh Javier Bardem ) mendirikan markasnya dan berperanan sebagai penggodam mahir di pulau itu.
Selain digunakan sebagai lokasi dalam filem , pulau itu sebelumnya pernah menjadi berita utama ketika pada 2008 sebuah organisasi nonprofit mengusulkan agar Pulau Hashima ditetapkan sebagai tapak Warisan Dunia .
Hashima seluruhnya ditutup untuk umum hingga pada 2009 pelancong dibenarkan untuk mengunjunginya. Masalahnya, tidak ada banyak yang boleh dilakukan di sana selain mengagumi runtuhan suasana menakutkan yang ternyata menjadi daya tarik tersendiri.
Sumber
0 comments:
Post a Comment