Wednesday 18 June 2014

Isu Skandal Adi Putra, Pegawai Penyiasat Dikenakan Tindakan Tatatertib.

// // Leave a Comment

Siapa yang boleh lupa kes kontroversi di antara pelakon popular Adi Putra dengan seorang wanita yang masih lagi bergelar isteri orang pada ketika itu, Nooraida Abdul Mutalib yang hangat sekitar hujung tahun lalu.

Ingatkan kes ini dah berlalu begitu sahaja, apabila Adi Putra sendiri mendedahkan pada Disember lalu bahawa kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) atau bermaksud tiada tindakan selanjutnya akan diambil pihak polis.

Namun, sehari selepas kes itu diklasifikasikan sebagai NFA, suami Nooraida pada ketika itu, Amiruddin Othman dan Nooraida sendiri telah membuat laporan tatatertib di Bukit Aman kerana pasangan itu meragui tahap profesionalisme pegawai polis wanita yang menyiasat kes berkenaan apabila tersebar gambar pelakon itu bergambar dengan pegawai polis tersebut.

Dan semalam, Amiruddin berkongsikan gambar sekeping surat yang diterimanya daripada pihak polis di mana pihak berkuasa menyatakan bahawa pegawai yang berkenaan telah dikenakan tindakan.



Selain itu, menerusi kapsyen gambar itu, Amiruddin turut menyatakan kes tersebut bakal dibuka semula di pihaknya.



Untuk makluman, aktor kelahiran Singapura itu dikatakan kantoi menjalinkan hubungan/skandal dengan Nooraida malah pernah mengirimkan gambar alat sulitnya kepada wanita tersebut menerusi aplikasi perbualan Whats App.


Tidak berpuas hati, Amiruddin terus membuat laporan polis berhubung isu tersebut malah pernah menggemparkan industri hiburan tempatan apabila tampil membuat sidang media yang turut dihadiri isterinya untuk memberi penjelasan kepada pihak media berhubung isu tersebut.

Namun pasangan itu telah disahkan bercerai talak satu pada 18 Disember tahun lalu.

Walaupun tidak lagi bersama, Amiruddin dan Nooraida tetap kerap berhubung dan sering kali berkongsi gambar keluar bersama di laman Instagram masing-masing.

Sumber: MYNEWSHUB.MY

Sumber: Artikel dan berita di atas di petik dari laman MYNEWSHUB.MY. Sumber dinyatakan.

0 comments:

Post a Comment