Mendirikan sebuah mahligai rumah tangga tidaklah semudah yang disangka. Jika sudah tidak merasa serasi antara satu sama lain boleh terjadinya perceraian.
Seperti yang dialami oleh wanita dari Amerika ini. Setelah bercerai dengan suaminya, ia tergamak menembak kedua anaknya remaja hingga mati. Jennifer Berman, wanita berusia 48 tahun ini sedang berusaha untuk mendapatkan hak tuntutan sebuah rumah. Kerana permasalahan yang tidak selesai atau bagaimana, ia lantas mengakhiri hidupnya.
Beliau menembak anaknya Alexander, 16 tahun, dan Jacqueline, 15 tahun, ketika mereka sedang berada di rumah mereka di West Palm Beach, Florida seperti dipetik dari dailymail. Sebelum membunuh kedua buah hatinya itu, ia telah menghantar email kepada bekas suami yang mengatakan ia akan mencederakan anak dan dirinya sendiri.
Setelah menembak kedua anaknya, Jennifer lantas menembak dirinya sendiri. Bekas suaminya yang terkejut membaca email itu lantas pergi ke rumah Jennifer. Betapa terkejutnya ia kerana yang ditemui hanya 3 tubuh yang tergolek tanpa nyawa.
Akhirnya polis dimaklumkan untuk menyiasat lokasi tempat terjadinya insiden berdarah ini. "Aku tak tahu apa yang difikirkan bekas isteri saya, padahal masalah kekayaan sedang diproses secara undang-undang. Dia membunuh dua buah hatiku, mereka anak-anak yang begitu ceria dan pemuzik handal. Banyak bakat terpendam dalam diri mereka," ujar Mr. Breman dengan nada yang amat menyesal.
0 comments:
Post a Comment