Friday, 17 January 2014

BILA NASIB KANGKUNG LEBIH TERBELA DARI NASIB GURU YANG DIARAH BUKA TUDUNG!!!

// // Leave a Comment
Bila Nasib Kangkung Lebih Terbela Dari Nasib Guru Yang Diarah Buka Tudung!

RAMAI yang terlupa, tak tahu atau buat-buat tak tahu yang di saat kita ghairah dengan isu kangkung, ada seorang guru mualaf di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Teluk Sengat, Johor telah diarahkan untuk membuka tudung, malah diancam keselamatannya oleh pihak pentadbir sekolah tersebut.

Laporan polis telah dibuat tetapi nampaknya isu kangkung juga yang menjadi sebutan.

Kangkung sana, kangkung sini…parodi sana, parodi sini…sampai satu peringkat tokoh pendidik Profesor Diraja Ungku Aziz pun difitnah dan diheret sekali dalam polemik kangkung ini.

Tetapi berapa ramai di antara kita yang memperjuangkan nasib guru mualaf ini, berapa ramai diantara kita yang ‘share’ kisahnya dalam Facebook, Twitter dan segala macam di dalam sosial media yang ada?

Kita rasa bangga, kita rasa megah, kita rasa seronok dalam MENGEMBANGKAN isu kangkung tetapi kita tak pernah rasa malu, tak pernah rasa bersalah bila membiarkan guru wanita ini ‘berperang’ antara prinsip agama dan tuntutan majikannya.

Dalam perkembangan terbaru, Pemuda UMNO Johor telah memberi tempoh 24 jam kepada ahli jemaah pengurus SJKC Nan Ya untuk memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Demikian tegas Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia, Rafiq Naizamohideen seperti yang dipetik dari laman web Astro Awani.

Pang Ah Ngang yang berusia linkungan 60an dikatakan telah mendesak guru Muslim Cina tersebut untuk membuka tudung selain mengancam keselamatannya.

“Guru tersebut telah membuat laporan polis di IPD Kota Tinggi dimana pihak polis telah memanggil Pang Ah Ngang untuk memberi keterangan.

“Walaupun laporan polis telah dibuat dan Pejabat Pelajaran Daerah telah menukar guru Muslim tersebut ke sekolah yang lebih selamat, tetapi kami dukacita kerana perkara seperti ini terjadi yang boleh mencemarkan maruah Islam,” kata Rafiq.

Rafiq menambah beliau berharap pihak Kementerian Pelajaran akan turut memberi respon dengan kadar yang segera mengenai hal ini dimana menurutnya ia melibatkan isu nasional.

“Sebagai umat Islam kami rasa tercabar kerana kebelakangan ini, agama Islam sering diperkotak-katikkan. Oleh itu Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia mendesak pihak Kementerian Pelajaran mengambil respon terhadap apa yang telah berlaku.

“Jika Pang Ah Ngang tidak memohon maaf, kami mahu pihak Kementerian Pelajaran sama ada, Datuk Seri Idris Jusoh atau Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengambil tindakan tegas termasuk memecat pihak-pihak yang terbabit,” tegas Rafiq.

Semasa menemui pemberita pada sidang media di Pejabat UMNO Bahagian Ampang hari ini, Rafiq turut mendesak agar Guru Besar sekolah tersebut, Chiew Swee Tuan diambil tindakan sewajarnya.

“Jika Guru Besar sekolah tersebut tidak dapat menyelesaikan isu ini, jadi beliau tidak layak untuk memegang jawatannya dan layak dipecat. Beliau tidak mengambil sebarang tindakan selain gagal untuk memahami sensitiviti umat Islam di Malaysia,” tambah Rafiq.

Menurutnya lagi, penduduk Kampung Teluk Sengat, juga mula membuat demonstrasi selain menggantung kain rentang dan menampal puluhan poster bagi mencemuh tindakan Pang.

“Ini adalah satu isu yang serius kerana ia boleh mencetuskan ketegangan kaum seterusnya menjurus kepada rusuhan. Setakat ini kami tidak nampak respon daripada pihak kerajaan, seolah-olah isu ini tidak wujud,” kata beliau.

Betullah kata pepatah Melayu – kita selalu nampak kuman di sebarang, tapi gajah di depan mata kita abaikan.

Ternyata otak kita telah berjaya DI-KANGKUNG-KAN!


Sumber

0 comments:

Post a Comment