Gambar Hiasan
MAHKAMAH Sesyen Ampang menjatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun dan sebatan sebanyak lapan kali terhadap seorang subkontraktor kerana merogol dan meliwat anak perempuan bekas teman wanitanya yang masih di bawah umur pada tahun lepas.
Hakim Mahkamah Sesyen, Manira Mohd Nor pada Selasa berkata bahawa pendakwaan telah membutikan kes terhadap tertuduh Nazarul Rizman Mohd Tartip, 31.
Nazarul menangis ketika mendengar hukuman dijatuhkan terhadapnya.
Dia didapati bersalah kerana merogol dan meliwat kanak-kanak perempuan yang ketika itu berumur tujuh tahun di sebuah unit pangsapuri di Taman Bukit Indah antara 3 dan 16 September pada tahun lepas.
Semoga tangisan Nazarul itu berunsur keinsafan dan bukan kerana takutkan sebatan rotan yang bakal hinggap di punggungnya.
Dia pasti sakit disebabkan hukuman yang keras itu, tetapi tahukah dia kesakitan yang ditanggung oleh kanak-kanak tersebut ketika dia sedang ‘enak’ menjamah tubuh anak yang tidak berdosa itu?
Sekurangnya-kurangnya Nazarul boleh lepas bebas selepas tujuh tahun, tetapi trauma anak itu akan kekal sepanjang hidupnya…jadi perlukah lagi tangisan itu?
0 comments:
Post a Comment