DUA wartawan Harian Metro menemu bual Zainab dan anaknya
mengenai serangan keluarga mentua.
Subang Jaya: “Saya terpaksa merangkak di dalam longkang untuk menyelamatkan diri daripada serangan adik ipar. Dia bagaikan dirasuk apabila memecah masuk rumah saya dan mempersoalkan soal pembahagian harta arwah suami bernilai jutaan ringgit.
“Akibat penderaan mental yang dialami, setiap hari saya trauma memikirkan keselamatan diri bersama seorang anak perempuan kerana keluarga mentua juga sering memperhatikan tindak-tanduk saya menunggu kesempatan untuk mengancam keselamatan saya,” kata warga emas, Zainab, 55.
Katanya, dia hidup umpama pelarian selepas suaminya yang juga seorang pegawai kanan kerajaan meninggal dunia tahun lalu, kerana bimbang di apa-apakan, salah seorang daripada adik iparnya yang mengancam mahu membunuhnya termasuk menuduh dia melarikan barang kemas milik keluarga mentua.
Dalam kejadian sekitar Mac lalu itu, dia yang sedang tidur di rumahnya di Alor Setar dikejutkan dengan jeritan adik ipar di dalam rumah yang menuduhnya mencuri barang kemas keluarga dan mengugut mahu membunuhnya.
“Saya bersama anak perlahan-lahan keluar ikut pintu dapur untuk meminta tolong dan terpaksa merangkak sejauh 50 meter di dalam longkang untuk ke rumah jiran sebelum pengsan dan diselamatkan. Sebaik sedar, saya terus membuat laporan polis,” katanya. - Hmetro.com.my
0 comments:
Post a Comment