New Delhi: Seorang pekerja rel memotong telinga bosnya gara-gara berang apabila tidak dibenarkan bercuti, semalam.
Pembantu Jurutera Chamundeshwari Electricity Supply Corporation, C Swamy berkata, BN Venkatesh naik angin dan menyerang ketuanya selepas diminta menangguhkan cutinya sehari.
Katanya, cuti Venkatesh terpaksa ditangguhkan sehari kerana syarikat berkenaan menghadapi masalah kekurangan pekerja.
“Venkatesh mengeluarkan sebilah pisau dari kocek seluarnya sebelum menyerang dan memotong secebis telinga Swamy.
“Dia juga menendang mangsa di dada serta perut,” katanya.
Akibat serangan nekad itu Swamy terpaksa mendapat rawatan di unit rawatan rapi sebuah hospital tempatan.
Ventakesh bagaimanapun menyerah diri tidak lama selepas kejadian dengan mendakwa Swamy mempersendakan kastanya ketika dia meminta cuti. - hmetro.com.my
0 comments:
Post a Comment