Monday, 9 December 2013

Kemalangan jalan raya cetuskan rusuhan di Singapura..

// // Leave a Comment
SINGAPURA 8 Dis. - Beratus-ratus pekerja Asia Selatan merusuh di sini lewat hari ini berikutan satu kemalangan jalan raya, yang mengakibatkan 10 anggota polis tercedera dan sekurang-kurangnya enam kenderaan rosak, kata polis.

Satu kenyataan polis menyebut, kekecohan tersebut bermula di kawasan Little India, yang memang selalu sibuk, apabila seorang terbunuh selepas dilanggar oleh sebuah bas.

Pengenalan diri mangsa langgar berkenaan belum dapat dipastikan.

Kira-kira 400 orang yang berada di lokasi kejadian mula menyerang kenderaan polis selepas pihak polis berada di tempat kemalangan.

Gambar dan video yang ditunjukkan di laman media sosial menunjukkan sekurang-kurangnya dua kenderaan termasuk sebuah ambulans sedang terbakar, manakala dua kenderaan polis diterbalikkan oleh perusuh-perusuh. 

Kekecohan itu, yang jarang berlaku di republik yang terkenal dengan kawalan ketatnya, tercetus di kawasan yang biasanya dikunjungi ribuan pekerja dari benua India memandangkan hari ini cuti rehat.

“Polis mengesahkan rusuhan telah berlaku di persimpangan Jalan Race Course dan Jalan Hempshire pada pukul 9.23 malam tadi," kata Polis Singapura, dalam satu kenyataan pada akaun Facebook pasukan keselamatan tersebut.

“Pegawai-pegawai polis sudah berada di tempat kejadian dan sedang mengawal keadaan. Orang ramai dinasihatkan agar tidak mendekati kawasan terjejas itu." - Utusan.com.my

0 comments:

Post a Comment