Monday, 9 December 2013

Akhirnya Pemilik Lamborghini terbakar buat laporan..

// // Leave a Comment


Seremban: Tiga pemilik kereta mewah jenis Lamborghini yang terbabit dalam kebakaran di Kilometer 260, Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini, pagi kelmarin dan menghilangkan diri selepas kejadian, hadir membuat laporan di Balai Polis Seremban 2, di sini, malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Baharuddin Mustapha berkata, ketiga-tiga lelaki berkenaan berusia awal 30-an hadir membuat laporan jam 9 malam berhubung kejadian sebenar.

Menurutnya, pihaknya mengambil keterangan lanjut daripada tiga pengadu warga Singapura yang dalam perjalanan konvoi ke Kuala Lumpur.

“Berdasarkan keterangan, setibanya di lokasi, sebuah kereta hilang kawalan, terbabas dan melanggar pembahagi jalan, menyebabkan dua kereta yang mengikuti merempuh sama,” katanya. - Hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment