Thursday, 28 November 2013

Disangka pencuri, lelaki maut ditembak bapa sendiri..

// // Leave a Comment
TV3-BeritaTV3-SLD_TEMBAK_2811_000000_507505243



KAJANG: Dek kerana disangka penyamun, seorang lelaki maut akibat ditembak oleh bapanya sendiri ketika cuba memasuki rumahnya di Kampung Baru Balakong di sini malam tadi.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.16 malam itu, bapa kepada mangsa yang merupakan seorang peniaga makanan dikatakan terdengar jeritan meminta tolong dari seorang pekerjanya warga Myanmar di sebuah pondok di belakang rumah.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, peniaga itu kemudian bingkas mengejutkan anaknya yang berumur 51 tahun untuk memeriksa apa yang berlaku.

“Bapa mendapatkan selaras senjata api jenis semi auto manakala anaknya bersenjatakan sebilah parang keluar menyiasat sekitar kawasan pondok pekerja mereka,”.

Suasana sekitar pondok itu sangat gelap dan anaknya terus mara kehadapan mendahului bapanya yang berusia 76 tahun untuk memeriksa persekitaran kawasan itu.

“Bapanya kemudian terlihat kelibat seseorang cuba memasuki rumah di hadapannya tanpa mengetahui itu adalah anaknya sendiri dan terus melepaskan tiga das tembakan. Satu daripada tembakan tersebut terkena kepala anaknya,” katanya.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan polis yang tiba di tempat kejadian menahan bapanya untuk membantu siasatan.

Suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.
Sumber

0 comments:

Post a Comment