Wednesday 9 October 2013

KEJAM!!: Wanita Dibunuh dan Dibakar Sehingga Rentung Angkara Cemburu [VIDEO & GAMBAR]

// // Leave a Comment
RUMAH kongsi yang diduduki suspek.

 Alor Gajah: Akibat cemburu, seorang wanita dibunuh, sebelum mayatnya dibuang ke dalam perigi sedalam kira-kira lima meter dan dibakar sehingga rentung di ladang tembikai susu terbiar di Solok Menggong, di sini, kelmarin.



Mayat Endang Mariani Muhammad Rau, 28, dari Lombok Barat, Indonesia, ditemui pemilik ladang berkenaan kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, selepas terhidu bau busuk.

Bagaimanapun, kurang 12 jam selepas penemuan mayat mangsa, polis menahan lima suspek berusia 23 hingga 39 tahun dan tiga daripada mereka adalah lelaki warga Indonesia termasuk kekasih mangsa.


Turut ditahan, seorang wanita warga Indonesia serta seorang lelaki tempatan dan semua mereka ditahan dalam dua serbuan berasingan di Rembia dan Semabok, dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada seorang wanita berusia 44 tahun yang juga pemilik ladang berkenaan – Hmetro Online


Sumber

0 comments:

Post a Comment