Setiap budaya dan agama mempunyai cara ritual yang berbeza menguburkan mayat. Walaupun begitu, tujuannya adalah sama, agar si mati pergi dengan tenang dan semakin dekat dengan Tuhan. Salah satu contoh budaya tersebut adalah meletakkan keranda di tebing.
Digantung tinggi agar makin dekat dengan Tuhan
Usia makam ini sudah lebih daripada 3,000 tahun. Terletak di sebuah tebing Gongxian, Wilayah Sichuan, China. Dilaporkan oleh Dailymail.co.uk, terdapat banyaknya keranda yang digantung di tebing ini membingungkan masyarakat China selama berabad-abad. Makam ini sudah lama ditinggalkan orang-orang bangsa Bo yang pupus 400 tahun lalu.
Keranda yang tinggal menunjukkan bagaimana ritual masyarakat China Selatan di masa lalu. "Beberapa makam berusia 3,000 tahun dan yang terbaru kira-kira 1,500 tahun. Tidak ada yang tahu mengapa mereka memakamkan seseorang dengan cara seperti ini," ujar penduduk tempatan. "Penjelasan paling wajar adalah agar mereka yang meninggal mudah dijangkau oleh para Dewa,"
Ada juga teori yang mengatakan bahawa keranda ini sengaja digantung tinggi agar tidak dimakan haiwan dan dapat diberkati lebih lama.
Sebagai tempat sejarah, makam tua ini mendapat perhatian. Selama dua bulan terakhir, makam gantung di tebing Gongxian mendapat pemulihan. Lebih daripada 40 keranda yang sudah sangat lapuk diperbaiki. "Pekerjaan ini sangat sukar untuk meletakkannya kembali keranda dalam keadaan yang baik. Selama sepuluh tahun terakhir, sekurang-kurangnya ada 20 keranda jatuh dan seboleh mungkin kami cegah," ujar mereka.
Usaha ini bukan tanpa maksud, mempelajari sejarah masa lalu adalah sebahagian penghormatan pada perkembangan budaya manusia. Jika anda berkunjung ke China, jangan lupa berkunjung ke laman bersejarah ini.
Sumber
0 comments:
Post a Comment