BANGLADESH - Hakim Mahkamah Tinggi, Zahirul Haque menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap empat penulis blog atas kesalahan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW di Dhaka, Bangladesh.
Pendakwa raya kanan, Shah Alam Lukdar berkata, kesemua penulis blog yang melakukan kesalahan itu pada awal tahun ini, didakwa mengikut undang-undang Teknologi Maklumat dan Komunikasi Media.
"Merujuk kertas penghakiman, kesemua mereka mempunyai niat jahat dengan menyebarkan fitnah terhadap semua agama," katanya dipetik dari laporan AFP.
Sejak kebelakangan ini, pengikut atheist dan fundamentalis kerap berdebat dalam media sosial di negara itu mengenai isu keagamaan dan ia menjadi serius apabila beberapa penulis blog anti-Islam dibunuh Februari lalu. - SH.
Sumber
0 comments:
Post a Comment