Tuesday, 11 June 2013

Pulau Sidang Parlimen : DAP, PAS Tidak Ikut Jejak PKR

// // Leave a Comment

KUALA LUMPUR 9 Jun - DAP dan PAS menolak cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya memboikot majlis perasmian persidangan Parlimen penggal ke-13.
 
Tindakan tersebut bercanggah dengan keputusan Parti Keadilan Rakyat yang akan 'memulaukan' sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 24 Jun ini.
 
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata parti itu tidak mempunyai rancangan untuk memboikot sidang Parlimen.
 
"Pendirian kami (DAP) sama dengan pandangan (penasihat parti) Lim Kit Siang," katanya.
 
Sebelum ini Lim dipetik dalam portal berita sebagai berkata bahawa DAP tidak mempunyai rancangan untuk memboikot Parlimen.
 
Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata langkah itu hanya dilihat sebagai penghinaan kepada rakyat yang memilih mereka sebagai Ahli Parlimen.
 
"Kita tidak perlu menghina Parlimen, kerana ia adalah serupa dengan membelakangkan rakyat," katanya.
 
Dr. Mahfodz, yang juga Pesuruhjaya PAS Johor berkata bahawa mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya hendaklah memfailkan petisyen di mahkamah.
 
Kedua-dua pemimpin itu berkata demikian bagi mengulas cadangan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memboikot persidangan Parlimen sebagai membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Sumber: www.klpos.com

0 comments:

Post a Comment