Tuesday, 11 June 2013

PM Ucap Takziah buat Keluarga Latifah Omar.

// // Leave a Comment
KUALA LUMPUR 10 Jun - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga seniwati Latifah Omar yang meninggal dunia semalam.
Ucapan tersebut dikeluarkan sejurus beliau mendapat berita kematian primadona sekitar 1960an itu.
 
"Takziah kepada keluarga Allahyarham seniwati Latifah Omar atas pemergian beliau. Negara kehilangan seorang lagi legenda terkemuka. Al-Fatihah," katanya dalam tweet terbaru beliau.
 
Latifah, 74, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit usus pada 6.19 petang di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
 
Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat di sini hari ini. Foto : Astro Awani

Sumber: www.klpos.com

0 comments:

Post a Comment