Thursday, 27 June 2013

PRU-13: Al-Fatihah, Dr. Abdul Rahman Mokhtar Kembali ke Rahmatullah..

// // Leave a Comment
 
Al-Fatihah... ADUN Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada jam lebih kurang 10 pagi tadi.

Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Besut pada pagi Khamis minggu lepas dipercayai akibat masalah penafasan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Jenazah dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut. 

Semasa Pilihanraya Umum ke 13 baru ini Allahyarham menewaskan calon PAS, Napisah Ismail.

Beliau mendapat 8,809 undi manakala Napisah 6,375 undi. Majoriti 2,434 undi. Jumlah pengundi kawasan berkenaan ialah seramai 17,679.

Berikutan kematian Allahyarham satu pilihanraya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari sekarang dan ianya merupaka Pilihanraya Kecil yang pertama semenjak PRU ke 13 berakhir. Kini kedudukan DUN Terengganu menjadi BN - 16 kerusi dan PR 15 kerusi. Sekiranya PR memenangi PRK DUN Kuala Besut kedudukan Dewan Undangan Negeri Terengganu akan menjadi seri. Apakah Kerajaan perpaduan akan terbentuk??

Sama-samalah kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.





0 comments:

Post a Comment