KUALA LUMPUR 26 Jun - Pelakon, Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy
sekali lagi ditahan pagi tadi atas kesalahan menyalahguna dadah dalam
satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini.
Anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira
pukul 11.30 pagi tadi selepas ujian air kencing yang dijalankan
mendapati dia positif dadah jenis syabu.
Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu esok di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya.
Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan
bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya," katanya. -
UTUSAN
Sumber: http://utusan.com.my
0 comments:
Post a Comment