Thursday, 17 April 2014

(VIDEO) USTAZ DON JAWAB TEGURAN WARDINA – VIDEO DIEDIT UNTUK TUJUAN PROPAGANDA?

// // Leave a Comment

Kecoh juga sehari dua ini dengan kisah Wardina Saffiyah tegur ceramah Ustaz Don Daniyal yang dikatakan menggunakan hadis palsu. Wardina juga menyeru para ulama Malaysia dan pihak berkenaan agar mengkaji ceramah yang diberi oleh Ustaz Don.


Menerusi laporan awal, pihak TV Alhijrah dikatakan sudah mengambil tindakan menyiasat dakwaan berkenaan.

Bagaimanapun, sudah pasti ramai yang ternanti-nantikan penjelasan dari mulut Ustaz Don sendiri. Hari ini menerusi laman sosial, Ustaz Don tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Menurut Ustaz Don, adalah tidak adil dengan memuat naik video yang telah diedit daripada ceramah-ceramahnya kemudian menggunakan video tersebut untuk menghentam dirinya. Tambah Ustaz Don, Wardina pernah membuat kenyataan supaya pemilik media sosial supaya tidak memuatnaik perkara-perkara yang dilarang tetapi beliau sendiri yang melakukannya.

“Apakah niat sebenar Wardina memuatnaik video yang telah diedit itu kemudian menghentam saya, adakah bertujuan baik atau sebaliknya, kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda. Wardina disarankan supaya berjumpa ustaz atau alim ulama bukannya menggunaka ustaz goggle, facebook atau twiteer. Apakah video itu menjadi satu dalil kepada Wardina untuk menghentam orang lain.”

Ustaz Don turut menyarankan agar Wardina hadir dalam ceramahnya, bukannya mengambil daripada video sekerat-sekerat supaya wanita itu tahu sepenuhnya apa yang beliau inginkan–itupun jika beliau ikhlas.

“Siapa yang buat video sekerat-sekerat ni, apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda, jika mereka ikhlas kenapa perlu edit video tersebut. Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa tetapi ada orang yang memilih untuk menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk.”

Ustaz Don juga menyatakan kehairanan bahawa Wardina memilih individu untuk dihentamnya, dan diam apabila orang bukan Islam menghina agama Islam.

“Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu, tak kan saya tak buat rujukan dalam setiap ceramah saya. Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ceramah. Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah. Pendapat dan teori memang ada dikalangan ulama mengikut hadis-hadis. Saya teringat satu kisah Juraij yang telah difitnah oleh seorang pelacur yang sangat cantik berkata, Jika kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah.”

Menurutnya, dia dikecam oleh selebriti itu kerana ada staf dalam TV Alhijrah yang tidak mendapat surat jemputan ke United Kingdom seperti yang diperolehi oleh Don. Sakit hati, staf tersebut kemudiannya dikatakan mengedit video itu dan meminta Wardina menghentam Ustaz Don Daniyal melalui video tersebut. Ustaz Don Daniyal menasihati:

“Kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ceramah saya sila berjumpa dengan saya dan bukannya dengan melihat hanya pada video yang diedit sekerat-sekerat kerana itu merupakan propaganda untuk menjatuhkan seseorang.”

Ini ialah video penjelasan dari Ustaz Don:



Sumber

0 comments:

Post a Comment