Sunday, 1 June 2014

SADIS!! Pejalan kaki membaling batu ke arah Kereta Lamborghini Aventador..

// // Leave a Comment

SUDAH menjadi kebiasaany pemilik-pemilik kereta mewah terutamanya supercar seperti Ferrari, Lamborghini, akan memandu dengan laju kerana kekuatan enjinnya.. Semakin kuat ‘ngauman’ kenderaan itu, semakin banggalah mereka apabila menjadi perhatian orang sekeliling. Namun ngauman yang kuat kadangkala menganggu ketenteraman orang lain..


Di California, seorang pejalan kaki punyai cara yang tersendiri untuk mengajar pemandu sebuah kereta Lamborghini yang sewenang-wenangnya memecut di kawasan kediaman, menerusi satu rakaman video. 

“Keep racing, keep doing it (teruskan berlumba, terus lakukannya),” kata lelaki yang berada di tengah jalan itu itu apabila sahaja pemandu itu menghentikan keretanya. 

Sebaik sahaja Lamborghini itu bergerak semula, dia kemudiannya melemparkan sebiji batu yang tepat mengenai kereta itu. 

Tindakannya itu menyebabkan pemandu itu berhenti seketika, namun terus memecut apabila lelaki itu mengejarnya. 

Fuh, memang berani! Jangan ingat kereta mahal, semua orang takut nak sentuh ya…





Sumber

0 comments:

Post a Comment