Thursday, 5 June 2014

PELIK!! Rakyat China Ini "GEMBIRA" Beriadah Di Pantai Penuh Sampah.. [GAMBAR]

// // Leave a Comment

Apabila kita hendak melakukan aktiviti beriadah bersama keluarga samada di pantai atau sungai, kita mesti hendak mencari lokasi yang tenang, dan tidak tercemar dari segi bau, pandangan mata.. Namun sebaliknya yang berlaku di Negara China ini.. Rakyat China ini sanggup beriadah dan berjemur di pantai Dameisha yang penuh dengan sampah-sarap di Wilayah Guangdong, China ini.

Sampah-sarap ini dipercayai ditinggalkan oleh lebih kurang 480,000 pengunjung diserata pelosok China yang menghadiri Festival Bot Naga, beberapa hari lalu.

Pemandangan pantai seluas 160,000 meter persegi itu kini dicemari dengan 362 tan sampah termasuklah bekas makanan dan minuman, tikar dan permainan yang rosak.

Jika dilihat pada gambar-gambar ini, nampak seperti mereka tidak kisah dengan kekotoran di sekeliling mereka. Mereka boleh baring disisi sampah sarap tersebut. 

Harap-harap rakyat Malaysia jangan pula amalkan budaya seperti ini ya…








0 comments:

Post a Comment