CHINA – Perempuan tidak berhati perut!. Itu gelaran yang diberikan kepada seorang perempuan, Li Pingping yang sanggup memenggal kepala seekor kucing selepas dia membeli binatang tersebut, dua minggu lalu..
Pingping, bekas perunding pemasaran juga bukan seorang yang bijak kerana memuat naik gambar binatang tersebut dalam keadaan berlumuran darah dalam media sosial Sina Weibo, iaitu sama seperti twitter.
Perbuatan gila itu kemudiannya mendapat kecaman.
Namun dia membalas balik kecaman itu dengan perasaan marah dan meminta orang ramai supaya tidak mengadilinya.
Dia kemudiannya memadamkan entri tersebut dan selepas itu mengemukakan permohonan maaf dalam sepucuk surat secara terbuka.
Dalam surat itu, Pingping mendakwa dia berbuat demikian kerana berada di bawah pengaruh alkohol dan telah hidup di dalam ketakutan serta perasaan bersalah sejak membunuh kucing itu.
Bagaimanapun tidak semudah itu Pingping boleh dimaafkan kerana ramai yang percaya dia berbuat demikian pun selepas dikecam hebat dan bukannya disebabkan bersalah dengan perbuatan terkutuk itu.
0 comments:
Post a Comment