Sunday, 1 June 2014

Dinasti Almarhum Sultan Azlan Shah..

// // Leave a Comment


Seperti yang kita sedia maklum, sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak adalah unik dan mengikut sistem kenaikan tangga demi tangga.Sebenarnya ada pro dan contra dengan sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak. 


Antara kelebihan sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak ialah pewaris takhta perlu menerusi kenaikan tangga demi tangga Raja-raja Bergelar dan ini memberikan lebih banyak pendedahan hal-ehwal pentadbiran sebelum bergelar Sultan. Selain daripada itu, Dewan Negara Perak mempunyai kuasa untuk menggugurkan gelaran Raja Bergelar bagi seseorang pewaris takhta yang mempunyai masalah salah-laku.

Berikut ialah Raja-raja Bergelar yang merupakan pewaris takhta :

1. Raja Muda:
Raja Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah (58 tahun) 
kini Sultan perak ke 35,

2. Raja Di-Hilir: Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Musa Ibni Sultan Abdul Aziz (73 tahun) 
kini raja Muda Perak dan waris pertama

3. Raja Kecil Besar: 
Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris (sekitar 57 tahun)
Kini raja dihilir.dan waris ke 2

4. Raja Kecil Sulong : tidak diisi

5. Raja Kecil Tengah: Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Ibni Almarhum Raja Ashman (20 tahun) 
kini raja kecil besar dan waris ke 3

6. Raja Kecil Bongsu: berkemungkinan Putera Sultan Nazrin

Melihat kepada susunan Raja-raja Bergelar ini, Raja Nazrin Shah naik menjadi Sultan Perak ke-35 ,sudah semesti anaknya, Raja Azlan Muzaffar Shah (kini berumur 5 tahun) bakal dijadikan salah seorang Raja Bergelar. Jika ditakdirkan umur Raja Nazrin Shah panjang, melihat kepada umur Raja muda dan Raja dihilir yang baru, maka peluang kedua-dua mereka untuk menduduki takhta atau memerintah dengan lama Kesultanan Perak kemungkinan tipis.

Sebelum kita maneruskan perbincangan, mari kita berkenalan dengan Raja Kecil Tengah, Raja Ahmad Nazim Azlan (gambar) Shah Ibni Allahyarham Raja Ashman Shah Raja Ashman Shah. Seorang Putera yang pintar dan mencintai majlis-majlis Allah.

Allahyarham Raja Ashman ibni Sultan Azlan (ayahandanya) merupakan seorang putera raja yang berperibadi mulia dan zuhud. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Yang Teramat Mulia Datin Seri Noraini Jane Bt Tan Sri Kamarul Ariffin ( Gelaran sebelum kemangkatan Raja Ashman) pada 26 September 1991 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu:- 

Raja Ahmad Nazim Azlan Shah ( 20 Tahun) 
Raja Eminah Alliyah (22 Tahun)
Raja Bainunisa Safia (19 Tahun)

Adinda Sultan Nazrin ini amat mencintai ahli-ahli sufi dan kumpulan tarekat. Beliau juga selalu meraikan majlis-majlis ilmu dan berkumpul membincangkan persoalan agama.

Raja Ahmad Nazim Azlan Shah atau panggilan "Ahmad" yang berwajah kacukan itu, kini sedang menuntut di University of Cambridge. Sebelum itu beliau mendapat pendidikan di peringkat A-level di Marlborough College dan bersekolah di sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur. Kecerdikan beliau tidak dipersoalkan. Keluarga Sultan Azlan Shah memang diketahui umum mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. 

Allayarham Raja Azlan Muzaffar Shah Sultan Perak ke-34 memberi peluang kepada cucunya Raja Ahmad Nazim Azlan Shah yang kini masih berumur 20 tahun untuk menjadi Sultan Perak yang berikutnya apabila disenaraikan sebagai raja bergelar setelah kemangkatan ayahnya.

Kemudiannya, apabila sepupunya, Raja Azlan Muzaffar Shah yang berumur lima tahun itu memasuki senarai Raja Bergelar, maka ini akan melengkapkan Dinasti Azlan Shah dalam pewarisan takhta negeri Perak dan seterusnya bakal menamatkan cabang-cabang lain seperti cabang Sultan Idris Shah (Sultan Perak ke-33) dan Sultan Abdul Aziz (Sultan Perak ke-31).

Berbalik kepada kisah Ahmad tadi, rupa paras seperti mat saleh tidak menjadi persoalan. Sultan Johor juga berdarah Inggeris, begitu juga bakal Sultan Selangor dan pewaris takhta Pahang juga mempunyai darah Inggeris. Menjadi "Melayu" dan "Islam" bukan hanya apabila memakai baju Melayu bersampin atau bertengkolok sedankan jika orang melayu yang 100 percent itu sendiri banyak yang hidup bergelumang dengan maksiat dan arak.

Insyallah sebagai raja yang berpendidikan baginda mampu memerintah dengan baik dan berjiwa rakyat seperti sultan Azlan dan mewarisi kezuhudan ayahnya.

Setelah Raja Nazrin dimasyurkan menjadi Sultan Perak ke-35, kemudiannya mungkin diikuti oleh Raja Ahmad Nazim Azlan Shah dan/atau Raja Azlan Muzaffar Shah, dan seterusnya takhta Kesultanan Perak akan terus diwarisi oleh cucu-cicit-piut Sultan Azlan Shah. Ini yang dimaksudkan Dinasti Azlan Shah, di mana dijangkakan Kesultanan Perak akan terus kekal diwarisi oleh cabang Sultan Azlan Shah. Mungkin. Wallahualam


Sumber

0 comments:

Post a Comment