Kalau dahulu sebelum kahwin pasangan romantis lagi sensasi Zain Saidin dan Rozita Che Wan tidak terlepas dengan pelbagai cerita panas mengaitkan mereka terutamanya melibatkan foto-foto pasangan ini.
Namun setelah berkahwin pun masih ada sahaja sebab dan percubaan untuk mempertikaikan tindakan Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin di laman sosial terutamanya di Instagram.
Minggu lalu heboh dengan gambar mesra Che Ta dan Zain dilihat terlebih romantis menjadi titik tolak mereka dikecam.
Namun kesabaran Che Ta akhirnya tidak dapat dibendung dan baru-baru ini bekas ratu cantik itu naik hantu dan memarahi pengikutnya di Instagram pada salah satu gambar yang dimuat naik.
Foto yang memperlihatkan Zain dengan warna rambut yang terang menjadi topic perdebatan peminat yang singgah ke Instagram milik Che Ta.
Antara komen yang ditulis merumuskan bahawa ramai yang memberi komen mengatakan warna itu tidak sesuai dengan Zain dan sebagai isteri, Che Ta telah bertindak mempertahankan suaminya itu.
Dalam nada tegas dan marah, Che Ta menjelaskan bahawa Zain menukar warna rambutnya kerana perlu mengikut karakter Mr. Henry Middleton di dalam drama Oh My English! yang dilakonkannya.
“Lain kali jgn sedap mulut nk komen ja… bkn utk awak sorang je tp ramai lagi yg mulut tk tau nak diam! Pelakon kna ikut character! Laki I shuting Oh My English sampai awal thn dpn… so rambut dia akan blonde sampai thn dpn!!!!! Tk payah nk bising lg kt insta ni pasai rambut zain!
#tkpayahnksibuklarambutorgcolourapejgrambutsendiritu
Diharapkan Che Ta bersabar ya, maklumlah tengah berbadan dua, mungkin emosi menguasai diri. Yang penting hiburkan hati dan berseronoklah membeli-belah di Paris bersama Zain itu ya. Berjalan sungguh ibu mengandung ini, kalau tak salah beberapa hari sebelum mereka bercuti di Koh Samui - murai.com.
0 comments:
Post a Comment