Tuesday, 22 April 2014

SERIUS : 10 Perkara Utama Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melanggan Perkhidmatan Air Asia..

// // Leave a Comment

Musim cuti sekolah, pasti ramai yang sedang bercuti dan masih ada juga yang baru nak merancang cuti bawa anak-anak melancong dalam negara. Jika anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara, anda perlu baca artikel ini sebelum membuat pilihan seterusnya.


Bukan niat nak memburukkan Air Asia, tetapi berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka yang telah terkena dek ‘game’ Air Asia yang juga pernah terjadi pada penulis sendiri. Baca 10 perkara penting di bawah:

1) AirAsia banyak menggunapakai amalan tidak sesuai dengan budaya pengguna tempatan.

2) Air Asia TIDAK menerima penumpang yang tiba 1 minit lambat selepas kaunter tutup supaya dia terpaksa membeli tiket yang baru.

3) Air Asia banyak mengenakan caj tersembunyi seperti caj kad kredit, caj kaunter check in dan caj pemilihan tempat duduk. Yang pertama dan kedua boleh dikategorikan sebagai caj tersembunyi kerana ianya bukan pilihan penumpang yang sepatutnya ditambah kepada nilai tiket. Perkara lain seperti makanan, hiburan, alat bantuan keselesaan dan bagasi perlu diambil kira selain daripada caj-caj lain.

Cth: Mereka yang tidak membayar untuk tempat duduk ( kosnya RM35 untuk seorang dari KL) akan disediakan tempat duduk secara rawak dan ini bermakna sebuah keluarga berkemungkinan akan dipisahkan.

4) Air Asia mengenakan caj RM1.95 seminit untuk bercakap dengan staf perkhidmatan mereka. Ia mungkin bukan sesuatu yang dipinta oleh penumpang seperti penerbangan yang ditunda, kehilangan beg atau dicaj lebih pada kad kredit mereka.

Tetapi, apabila dikenakan bayaran mengikut minit untuk bercakap adalah sesuatu yang menyakitkan hati. Tambah lagi, mereka selalunya akan disuruh menunggu walaupun caj berjalan.

5) Air Asia mengamalkan sistem kadar harga tiket yang berubah mengikut bila masa dibeli. Pembeli awal akan mendapati harga yang murah manakala pembeli saat akhir akan dikehendaki membayar lebih.

6) Air Asia menyembunyikan harga sebenar tiket supaya pengguna sukar membuat perbandingan.

7) Penumpang yang terbang dari LCCT yang merupakan lapangan terbang yang menyedihkan kerana penumpang terpaksa berjalan dengan jauh untuk menaiki kapal terbang kerana Air Asia tidak akan membayar kos penggunaan ‘aerobridges’. Ini membuatkan Air Asia tidak sesuai untuk penumpang warga emas. Jika warga emas ingin perkhidmatan istimewa kakitangan Air Asia, mereka perlu membayar kos perkhidmatan tambahan itu.

Selain dari itu, Air Asia selalunya akan mendarat di lapangan terbang yang jauh dari bandar, jadi tambang ke bandar juga terpaksa disediakan. Terdapat juga kos tersembunyi. Air Asia benar-benar murah jika anda menempah tiket jauh lebih awal. Mereka menerima tempahan seawal setahun sebelum penerbangan. Ini bermakna, wang anda terikat disitu.

Apa sahaja perubahan dalam jadual perjalanan akan menyebabkan kepayahan kerana Air Asia akan mengenakan caj yang tinggi untuk tiket penerbangan yang dijadualkan semula. Ada pengguna yang akan berfikir dengan membayar lebih sedikit untuk fleksibiliti adalah lebih baik.

9) Air Asia sering menggabungkan penerbangan jika penumpangnya terlalu sedikit tanpa menghiraukan masa penumpang yang lain. Tulisan kecil pada tiket mereka memberitahu bahawa mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian. Mereka yang menaiki penerbangan AirAsia tahu betapa kerapnya Air Asia menunda dan membatalkan penerbangan.

10) Menghubungi operator Air Asia sendiri merupakan satu cabaran. Ada yang mendakwa mereka terpaksa menunggu sehingga 30 ke 60 hari untuk pemprosesan dan apabila tempoh itu tamat, mereka dipaksa menunggu lagi selepas diberi pelbagai alasan oleh pihak Air Asia. Penantian yang lama untuk wang dikembalikan, tidak flksibel, kesukaran, kebarangkalian penerbangan ditunda dan perkhidmatan yang berkualiti rendah bermakna penumpang akan meminta harga yang lebih berpatutan dari syarikat penerbangan tambang biasa daripada Air Asia.

KESIMPULAN

Air Asia mungkin telah bermula dengan baik dimata rakyat tetapi tempoh ‘berbulan madu’ sudah berakhir. Perkhidmatannya sudah semakin teruk dan ia sering mengugut penumpangnya dan menyebabkan mereka yang pernah menjadi mangsa menolak menggunakan khidmat Air Asia lagi. Air Asia sememangnya belum tahu lagi akan penangan media sosial. Pada masa lalu, pengguna yang marah hanya boleh mempengaruhi keluarga atau sahabat terdekatnya. – BBCD

Jika pembaca masih meragui perkara di atas, penulis sarankan pada anda pergi lihat dan baca comment ketidakpuasan hati para pelanggan Air Asia di setiap status Facebook yang diterbitkan oleh admin page tersebut. Dan di bawah adalah sebahagian dari screen shot dari page tersebut:




Sumber

0 comments:

Post a Comment