Tuesday, 29 April 2014

Instagram Antara Punca Adam AF & Fiza Elite Bercerai??

// // Leave a Comment

Fiza Elite: Saya Tidak Mahu Kisah Rumah Tangga Jadi Pengetahuan Umum|| Persoalan ramai tentang kisah rumahtangga Adam AF dan Fiza Elite selama beberapa bulan ini terjawab apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada tengah hari Isnin (28 April 2014).


Sebelum prosiding kes penceraian mereka berlangsung, Fiza Elite ada membuat permohonan lisan kepada hakim syarie, Tuan Muhamad Nazri supaya sebutan kes mereka berlangsung tanpa kehadiran orang luar termasuk para media.

“Saya memohon agar kes kami dibicarakan tanpa wartawan atau pihak-pihak lain dalam ruang mahkamah ini. Ini adalah atas alasan yang saya seorang selebriti yang dikenali & saya tidak mahu masyarakat tahu tentang hak peribadi kami,” ujarnya.

Fiza Elite menambah (melalui video di atas) yang keputusan untuk menjalankan prosiding secara tertutup kerana mahu mengelakkan tulisan tidak baik oleh pihak media yang mungkin akan dibaca oleh anak anaknya di masa hadapan.











“Biarlah saya dan Adam sahaja tahu apa masalah dalaman yang kami ada — benda ini melibatkan masa depan dan periuk nasi saya. Dan apa yang ditulis nanti kemungkinan dibaca oleh anak anak saya. Saya harap semua hormati keputusan saya,” tambahnya lagi. - rotikaya.com

TUJUH bulan. Itulah tempoh perkahwinan pasangan Fiza Elite dan Adam AF sebelum kedua-duanya sah bercerai dengan talak satu semalam di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam.

Dalam tempoh yang singkat itu, rumahtangga mereka sebenarnya sudah mula goyah sejak empat bulan lalu, memetik mStar Online.

Siapa sangka, laman sosial Instagram adalah antara punca keretakan hubungan mereka.

Menurut Fiza, dia bertindak membuang gambar bersama mereka di Instagram apabila terlalu banyak spekulasi yang mengatakan rumahtangga mereka bermasalah.

Ia sekaligus menambahkan lagi andaian bertalu-talu daripada para peminat dan telah menyebabkan kedua-dua mereka turut bergaduh.

Pada masa yang sama, Fiza menafikan perceraian itu terjadi kerana masalah kewangan Adam kerana bekas suaminya itu telah membantu menghulurkan wang untuk pembedahan ayahnya.

Tapi, secara logiknya, kalau hubungan mereka tidak bermasalah sebelum ini, mengapa Fiza perlu membuang gambarnya bersama Adam?

Atau mungkin ada punca yang lebih besar yang mendorong kepada tindakan Fiza membuang gambar Adam di akaun sosialnya itu?

Hmm..hendak fikir dalam-dalam pun rasanya sudah tak perlu sebab keputusan sudahpun dibuat.

Apa pun, kami yakin peminat masih berharap untuk melihat pasangan ini bersatu semula jika jodoh mereka masih panjang… - mynewshub

0 comments:

Post a Comment