Friday, 4 April 2014

Awi Rafael Bersyukur Tinggalkan Hanez Suraya...

// // Leave a Comment


Pernah bercinta dengan Hanez Suraya, pastinya Awi Rafael tidak terlepas dari diajukan soalan berkaitan kontroversi kononnnya bekas teman wanitanya itu merampas suami orang dan isu itu masih diperkatakan sehingga ke hari ini.


Bertemu pihak media di sidang akhbar Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Awi Rafael berkata yang beliau tidak lagi ambil peduli dengan kisah kekasihnya itu dan tidak lagi berhubung walaupun sebagai kawan.

“Saya sudah tak ada kena mengena lagi dengan Hanez. Apa yang berlaku pada dia tiada kaitan lagi dengan saya. Tetapi sebagai manusia, kita doakan saja yang terbaik untuk dia. Kalau saya sendiri yang berdepan dengan kontroversi sebegitu, saya juga akan sedih”

“Banyak yang saya belajar selepas berpisah dengan Hanez — saya belajar untuk percaya dan mendengar kata hati. Saya rasa saya tak boleh teruskan hubungan dengan dia dan saya gembira saya mengikut gerak hati saya,” ujar Awi Rafael bersyukur dengan keputusan yang dibuat.

Dalam temubual bersama GUA itu juga, Awi Rafael menafikan lagu Kalau Aku Kaya yang didendangkan bersama Altimet merupakan lagu yang ditujukan buat bekas kekasihnya itu dan berkata ianya lagu masyarakat.

Sumber

0 comments:

Post a Comment