Asal Usul Lagu “Happy Birthday” | Adakah kita tahu asal usul lagu Happy Birthday? Selalunya kita selalu nyanyikan lagu tu tetapi masih taktahu siapakah pencipta lagu, jom baca asal usul pencipta lagu Happy Birthday ni.
Asal Usul Lagu “Happy Birthday”
Semua orang tahu lagu “Happy Birthday To You”, anak-anak kecil pun tahu nyanyikan lagu ini. Setiap hari dan tidak mustahil disaat ada sahaja yang akan menyanyikan lagu ini diseluruh dunia.
Namun tahukah kita siapa pencipta dan sejarah mengenai lagu ini, Lagu asal “Happy Birthday to You” dikatakan telah dicipta oleh dua orang adik-beradik, Mildred J. Hill, seorang guru di Kentucky Experimental Kindergarten, di Louisville dan Dr. Patty Smith Hill, pengetua di sekolah yang sama.
Melodinya dicipta oleh Mildred sementara lirik asalnya ditulis oleh Patty, bertajuk “Good Morning To All.” Lagu “Good Morning To All” dicipta sebagai lagu kanak-kanak dan telah diterbtikan dalam koleksi “Song Stories of the Kindergarten” pada tahun 1893.
31 tahun kemudian, setelah Dr. Patty Smith Hill menjadi Ketua Jabatan Pendidikan Taman Didikan Kanak-kanak di Kolej Guru Universiti Columbia, seorang lelaki bernama Robert H. Coleman telah menerbitkan lagu tersebut tanpa meminta kebenaran daripada kedua beradik tersebut.
Malah dia telah membuat versi baru dengan menukarkan lirik asalnya, “Good Morning to All”, kepada “Happy Birthday to You.” Lagu versi Coleman dengan lirik baru telah menjadikan lagu tersebut popular dan sekaligus menenggelamkan versi pertama ciptaan adik-beradik Hill.
Setelah Mildred meninggal dunia pada 1916, Patty, bersama adiknya yang ketiga, bernama Jessica, mengambil tindakan mahkamah terhadap Coleman. Kedua beradik ini telah berjaya membuktikan yang melodi lagu tersebut adalah milik mereka. Disebabkan lagu tersebut telah disahkan secara undang-undang milik keluarga Hill, ia berhak untuk diberikan royalti apabila dinyanyikan untuk tujuan komersil.
Hakcipta yang pertama terhadap lagu ini telah dikeluarkan pada 1935 (selepas tuntutan mahkamah oleh Patty dan Jessica). Pada tahun 1988, Birch Tree Group, Ltd. telah menjual hak lagu tersebut kepada Warner Communications (bersama aset lainnya) dengan anggaran $25 juta. Dalam tahun 80an, lagu “Happy Birthday to You” dipercayai telah mengumpulkan sekitar $1 juta dalam bentuk royalti tahunan.
Kesimpulan
Lirik Happy Birthday To You dicipta oleh Coleman yang mencuri melodi yang dicipta oleh Mildred J. Hill.
0 comments:
Post a Comment