Monday, 3 March 2014

SEDIH!! Video Ibu Cimpanzi Meratapi Kematian Anaknya.. [VIDEO]

// // Leave a Comment

Saintis terkejut apabila melihat adegan mengharukan dari seekor induk cimpanzi yang sedang berduka. Video mengejutkan yang menunjukkan bagaimana cimpanzi berduka sama seperti manusia ketika anak yang dicintainya itu menghembuskan nafas terakhir.

Saintis sudah tahu bahawa ibu cimpanzi membina hubungan fizikal yang rapat dengan anak-anak mereka. Ibu cimpanzi membawa anak mereka dalam pelukannya sehingga berumur dua tahun. Mereka menyusui anaknya hingga berusia enam tahun.

Tapi, sekarang saintis tahu bahawa cimpanzi ternyata juga bersedih ketika anaknya mati. Saintis berjaya merakam aksi bagaimana kesedihan seorang ibu cimpanzi yang kematian anaknya yang baru berusia 16 bulan. Cimpanzi itu meratapi pemergian anaknya dengan caranya sendiri.

Ibu cimpanzi itu terus membawa jasad anaknya untuk lebih dari 24 jam. Selepas itu, ibu cimpanzi lembut meletakkan jasad anaknya di tanah. Kemudian dari jarak dekat, dia memandang wajah anaknya.

Secara berkala ia kembali ke tubuh anaknya. Si ibu cimpanzi itu menyentuh lembut wajah dan leher anaknya dengan jari-jarinya untuk memastikan sama ada anaknya memang benar-benar telah tiada.

Dia kemudian memanggil satu cimpanzi dari kelompoknya untuk meminta pendapat kedua soal kematian anaknya. "Pada hari berikutnya, cimpanzi telah meninggalkan anaknya,"laporan dari Institut Psikolinguistik Max Planck.

Dr Katherine Cronin dan Edwin Van Leeuwen bersama Prof Mark Bodamer dari Universiti Gonzaga (Washington) dan Innocent Chitalu Mulenga mengambil gambar ibu cimpanzi itu di Chimfunshi, Zambia.

Cronin mengatakan kajian ini memberikan wawasan unik mengenal bagaimana cimpanzi meratapi kesedihannya.

"Setelah menggendong mayat bayinya selama lebih dari satu hari, ibu cimpanzi meletakkan tubuh anaknya di atas tanah," kata Cronin. "Dia berulang kali mendekati tubuh anaknya. Jari-jarinya melekat pada wajah dan leher anak selama beberapa saat."

Ibu cimpanzi tetap berada dekat dengan tubuh anaknya selama hampir satu jam. Dia kemudian membawa jasad anaknya ke kumpulan cimpanzi.

Ibu cimpanzi meminta kelompoknya untuk menyiasat tubuh anaknya. "Pada hari berikutnya, ibu itu tidak lagi membawa tubuh anaknya," terang Cronin.

Laporan yang disiarkan dalam American Journal of primatologi ini memberikan gambaran bagaimana primat bertindak balas terhadap kematian terdekat. Apakah mereka mengerti tentang kematian. Apakah mereka berkabung.

Penyelidik percaya bahawa cimpanzi mengalami masa peralihan yang unik. Sebagai ibu, cimpanzi belajar tentang kematian bayinya. Suatu proses yang belum pernah dilaporkan secara terperinci.

"Video ini sangat berharga kerana si ibu cimpanzi memaksa seseorang untuk berhenti dan berfikir tentang apa yang mungkin terjadi dalam benak primat lain," kata Cronin.




Sumber

0 comments:

Post a Comment