ADUHAI, tak tahulah apa masalah sebenar Sharol Shiro dan Jep Sepahtu sehingga berlakunya ‘perang dingin’ antara mereka.
Khabarnya, persahabatan yang terbina sejak ujibakat Raja Lawak musim ketiga itu mula berantakan sejak kedua-duanya menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM) tahun lalu sehingga Jep enggan berjumpa Sharol.
“Sebenarnya isu saya dengan Jep bukanlah besar sangat, tapi mungkin sengaja diperbesar besarkan oleh sesetengah pihak. Agaknya tekanan dalam persaingan MLM membuatkan kami jadi begini. Sebelumnya hubungan kami agak rapat.
“Bagaimanapun penyertaan dalam MLM mengubah segala-galanya. Sebelum ini saya tak tahu cara kerja Jep. Begitu juga dia pun tak tahu cara kerja saya. Sewaktu bertanding dalam MLM saya lebih suka duduk diam-diam di belakang pentas untuk fokus kepada persembahan setiap minggu.
“Cara Jep pula mungkin lain. Mungkin dari situlah tercetus isu perang dingin. Segelintir peminat turut terpengaruh. Apa pun saya taknak panjangkan perkara ini dan mahu selesaikan secepat mungkin,” ujar Sharol memetik Harian Metro.
“Buat masa ini Jep memang enggan jumpa saya, tapi saya akan tetap berusaha untuk bertemunya. Di pihak saya memang bersedia kalau ada salah. Bayangkan saya kenal dia sejak uji bakat RL3 dan sayangkan hubungan ini.
“Kami sama-sama cuba nasib tapi saya gagal. Apabila Sepah bertanding, saya adalah penyokong kuat mereka. Jadi saya memang mengharapkan segala-galanya pulih seperti sediakala dan berharap Jep positif untuk menyelesaikan perbalahan ini,” tambahnya lagi.
Aduh, sudah-sudahlah bergaduh tu. Industri kita ini bukan besar mana pun kalau hendak bermasam muka.
Toleh-toleh, muka yang sama juga yang dilihat nanti…
0 comments:
Post a Comment