Saturday, 22 March 2014

MH370: Kenyataan Penuh Pemangku Menteri Pengangkutan – 22 Mac

// // Leave a Comment

KUALA LUMPUR – Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, di Sepang, Selangor hari ini:

Usaha diplomatik, logistik dan teknikal berterusan dilakukan dalam pencarian MH370. Dalam kita menjalankan operasi mencari dan menyelamat, penekanan keseluruhn tetap sama: menggunakan segala kaedah yang ada bagi memperkecil kawasan pencarian di kedua-dua koridor.

Perkembangan Operasi

Di koridor utara, sebagai respons kepada nota diplomatik, kita boleh mengesahkan China, India, Pakistan, Myanmar, Laos, Kyrgyzstan dan Kazakhstan secara verbal memaklumkan operasi mencari dan menyelamat, berdasarkan analisis awal, tiada pengesanan pesawat pada radar mereka.

Di koridor selatan, hari ini dua Ilyushin IL-76s dari China akan tiba di Perth untuk memulakan operasi. Shaanxi Y-8 yng tiba semalam akan beroperasi di Pangkalan Udara Subang di Malaysia. China turut menghantar tambahan dua kapal dari Laut Andaman untuk menyertai lima kapal China yng sudah berada di koridor selatan.

Dua pesawat India, P-8 Poseidon dan C-130 Hercules tiba di Malaysia pada 18:00 malam tadi bagi membantu operasi.

HMS Echo kini berada di Teluk Parsi dan dalam perjalanan ke koridor selatan. Kapal ini dilengkapi alat sensor canggih yang membolehkan ia mencari di bawah air secara berkesan.

Kawasan mencari Australia 

Lima pesawat dan dua kapal dagang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat di sekitar objek-objek dikenal pasti oleh pihak berkuasa Australia, lebih kurang 2,500km barat daya Perth. Walaupun penglihatan pencarian bertambah baik semalam, tiada kelihatan objek yang dicari.

Operasi berterusan, dan hari ini mereka merancang untuk mencari kawasan kira-kira 10,500 batu nautika persegi.

Pusat Penyelarasan Menyelamat Australia menjangka enam pesawat, empat milik tentera dan dua awam akan mencari kawasan tersebut secara visual. Dua kapal dagang akan turut hadir semasa operasi mencari, dan HMAS Success dijangka tiba di kawasan pencarian pada 14:30 hari ini.

Secara umum, keadaan di selatan koridor adalah sangat mencabar. Kedalaman laut adalah antara 1,150 meter dan 7,000 meter. Di kawasan yang kemungkinan dua objek di kenal pasti pihak berkuasa Australia, arusnya kuat dan laut bergelora. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment