Dalam keadaan seluruh rakyat Malaysia, seluruh dunia apatah lagi ahli keluarga yang terlibat dalam tragedi kehilangan pesawat MH370 ini, masih ada lagi yang mempermain-mainkan insiden MH370 ini.
Ini semua bermula apabila Tweet & Whatsapp sayu dan sedih yang ditulis Jasmine Johari ini telah dikongsikan oleh ramai rakyat Malaysia termasuk di Facebook, Twitter, Instagram dan Whatsapp. Tidak lupa juga Astro Awani juga turut berkongsi episod kesedihan tersebut di dalam berita Astro Awani edisi khas MH370 ini sehingga ramai yang sebak dan mengalirkan air mata.
Tetapi siapa yang menyangka, masih ada lagi yang mahu mengambil kesempatan disebalik tragedi MH370 kali ini. Rupa-rupanya, cerita sedih dan hiba Jasmine Johari adalah palsu dan rekaan semata-mata untuk kepuasan sendiri!!
Malah Tweet yang dikongsikan Jasmine Johari turut mempermainkan nama Allah. Dan hari ini, gambar pemilik asal “Jasmine Johari” telah tampil ke hadapan telah mendakwa gambar beliau telah dicuri..
Dan sekarang ini, akaun Jasmine Johari telah ditutup oleh pihak Twitter. Terbaru, “Jasmine Johari” palsu telah buka satu lagi akaun Twitter untuk tujuan memohon maaf dan beliau dilihat mahu serah diri kepada polis.
Apa kata nada pula?
Tengoktvonline.blogspot.com
tertipu awani
ReplyDelete