Jika sebelum ini laporan mengatakan yang pasangan ini bakal bernikah sekitar bulan Februari, ibu kepada Syamsul Yusof sendiri hari ini tampil memberikan maklumat lanjut tentang hari bahagia anak lelakinya itu.
Syamsul Yusof bakal menikahi Puteri Sarah Liyana dalam satu majlis yang akan berlangsung di Masjid Sri Damansara pada 8 Mac 2014 ini sekitar jam 10.00 pagi.
Datin Patimah Ismail yang bercakap kepada mStar Online turut berkata yang satu majlis resepsi serentak untuk Syamsul & seorang lagi anak lelaki mereka, Syafiq akan dijalankan Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 18 April.
“Insya-Allah pihak kami akan mengadakan majlis resepsi itu serentak secara sederhana dengan kehadiran semua kaum keluarga, rakan-rakan & teman media pada majlis sambut menantu”
“Selain itu, kami juga merancang untuk mengadakan satu majlis kecil di rumah atas permintaan anak-anak selepas acara di Dewan Felda,” ujarnya.
Manakala majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan pada sebelah malam hari yang sama berlangsungnya pernikahan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam bertemakan Islamic Arabian Night. Tahniah buat keluarga kedua dua pasangan ini.
Lihat: Imej Terbaru Syamsul Yusof
0 comments:
Post a Comment