SYRIA– Sekeping gambar menceritakan segala-galanya. Gambar menyayat hati ini memaparkan seorang budak lelaki berusia tiga tahun yang berdepan dengan kekejaman tentera rejim di Syria.
Budak ini telah meninggal dunia, namun kata-kata akhinya sebelum menghadap Yang Maha Esa amat mengharukan.
“Saya akan ceritakan semuanya kepada Tuhan,’’.
Meskipun sukar dikenal pasti sama ada ia merupakan satu kisah benar, namun hakikatnya sudah lama penduduk di Syria sengsara dalam perang saudara yang kini sudah masuk tiga tahun.
Perang yang tiada kesudahannya itu telah meragut berpuluh-puluh ribu nyawa penduduk Syria manakala lebih satu juga pula menjadi pelarian dan menetap di khemah-khemah pelarian di negara jiran.
Hakikatnya, sukar untuk menumbangkan diktaktor Bashar Asad malah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) juga gagal berbuat apa-apa.
Apatah lagi kuasa dunia, Amerika Syarikat yang nyata membisu tatkala penduduk Syria disiksa, dizalimi dan dibunuh setiap hari.
0 comments:
Post a Comment