Tuesday, 14 January 2014

Timbalan Menteri Terlentang Di Hospital Ditumbuk Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian..

// // Leave a Comment


Timbalan Menteri Pendidikan II merangkap Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan terlentang di hospital kerana ditumbuk oleh Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor ketika beliau menghadiri sebuah program di Pusat Khidmat di Hulu Selangor hari ini.

Menurut saksi, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika Ahli Parlimen Hulu Selangor itu tiba di Pusat Khidmat Parlimen beliau untuk berjumpa dengan sekumpulan anggota Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor yang dipercayai mengadakan mesyuarat bahagian. 

Penyerang itu dikatakan seorang yang mempunyai jawatan penting dalam Pemuda Bahagian Hulu Selangor dipercayai telah menumbuk muka Kamalanathan ketika Ahli Parlimen itu sedang berjabat tangan dengan sebilangan anggota pergerakan itu sejurus tiba di pusat khidmat sebelum program bermula. 

Difahamkan punca suspek menumbuk Kamalanathan ada kaitan dengan isu permohonan pertukaran tempat kerja dari Johor ke Hulu Selangor melibatkan salah seorang saudara dalam keluarganya yang dipercayai bekerja sebagai guru di Johor. 

Ekoran insiden mengejut itu, program yang sepatutnya berlangsung terpaksa dibatalkan dan Kamalanathan telah membuat laporan mengenai kejadian berkenaan di Balai Polis Bukit Sentosa, Rawang. 

Menurut sumber, difahamkan suspek yang menyerang Kamalanathan telah ditahan polis dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Isu ini turut "mendedahkan" hal-hal lain berkaitan dengan "hubungan asam" UMNO-MIC sehingga ada yang tergamak memanggil timbalan menteri berkenaan dengan panggilan yang menghinakan - "kicap".. Bacalah: 

















Sumber

0 comments:

Post a Comment