Thursday, 16 January 2014

TERKINI!! Polis Tahan Dua Lelaki Dipercayai Suspek Bunuh 3 Beradik..

// // Leave a Comment
ALOR SETAR: Polis menahan dua lelaki dipercayai suspek kes bunuh tiga beradik yang ditemui mati di dua lokasi berasingan di sini masing-masing pada 30 November dan 1 Disember lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua remaja berusia 18 dan 19 tahun masing-masing jam 5 petang dan 11 malam tadi di sekitar Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, di sini. 

Kedua-dua suspek pagi tadi dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk tahanan reman. 

Sementara itu, polis mendapat perintah tahanan reman kedua-dua suspek selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan polis. Bharian.com.my

Baca Berita Pembunuhan 3 Beradik Disini




0 comments:

Post a Comment