Badung - Orang ramai di kawasan Badung, Bali gempar semalam selepas sepasang makhluk halus dikenali sebagai jenglot ditemui dan ditangkap seorang penduduk Pantai Muaya, Jimbaran.
Menurut media ketika ini jenglot berkenaan disimpan di rumah Jero Mangku Karang. Sejak berita itu tersebar, rumah Jero dikunjungi ramai orang – termasuk dari kawasan luar – untuk melihat sendiri makhluk berkenaan.
Saksi berkata, jenglot itu berupa seperti kelawar, bertaring dan berambut seperti manusia.
“Dimaklumkan jenglot itu ditemui dua penduduk tempatan, Ketut Tarin dan Akob, di kawasan pantai dan selepas ditangkap ia diserahkan kepada Jero,” katanya.
Penduduk setempat mengenali Jero sebagai seorang tokoh spiritual yang dihormati.
Sementara itu Ketut Tarin berkata, dia hairan apabila menemui objek ganjil ketika berjalan di kawasan pantai.
Melihat keadaan itu, katanya, dia mencampak objek itu ke laut tetapi ia kembali ke pantai dalam keadaan berpelukan.
“Seolah-olah mereka enggan dipisahkan,” katanya.
Disebabkan bimbang berdepan masalah, Ketut Tarin dan Akob berbincang dan bersetuju menyerahkan jenglot berkenaan kepada tokoh spiritual yang mereka kenali, Mangku Kayun.
Sementara itu Jero berkata, jenglot itu ditemui terbaring dalam jarak kira-kira satu meter antara satu sama lain di pantai ketika Ketut Tarin dan Akob berjoging.
Mereka kemudian membawa makhluk itu ke rumahnya.
“Pada awalnya ada kuasa memancar dari jenglot berkenaan tetapi saya neutralkan supaya ia tidak memudaratkan sesiapa,” katanya.
Kenyataan itu disokong Mangku Kayun.
“Kuasanya sangat kuat tetapi untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini ia berjaya kami kunci,” katanya.
Menurut Mangku Kayun jenglot juga boleh digelar sebagai toyol kerana makhluk berkenaan boleh menyerupai apa saja.
Katanya, rambut jenglot yang terurai itu mungkin berasal daripada rambut manusia atau bulu lelaki atau wanita.
“Makanannya ialah darah manusia.
“Walaupun ia kelihatan kaku, auranya hidup dan sangat kuat dan boleh disuruh melakukan apa saja, termasuk membunuh,” katanya, semalam.
Jero berkata jenglot itu dimiliki pihak tertentu sebagai alat pelaris yang ditempatkan di kotak simpanan wang. – Agensi
sumber: fuh.my
0 comments:
Post a Comment