ZURICH: Cristiano Ronaldo menamatkan penguasaan empat tahun berturut-turut Lionel Messi apabila dianugerahkan Pemain Terbaik Dunia FIFA 2013, awal pagi tadi.
Anugerah berprestij dalam sukan bola sepak Ballon d’Or itu beralijh kepada bintang Real Madrid dan pemain Portugal berusia 28 tahun itu yang kali terakhir menang pada 2008.
Ronaldo adalah calon pilihan untuk bersaingan dengan bintang Barcelona dan pemain Argentina, Messi, selaon pemain Perancis, Franck Ribery yang membantu Bayern Munich mendakap tiga trofi pada 2013.
Ronaldo menang dengan memperoleh 27.99 peratus undi mendahului Messi (24.72%) manakala Ribery di tempat ketiga (23.36%), demikian menurut Persatuan Bola Sepak Perancis yang menjadi penganjur bersama Ballon d’Or
bersama FIFA.
“Tiada perkataan untuk saya jelaskan perasaan saya. Saya amat teruha dan saya mahu ucap terima kasih kepada semua rakan sepasukan saya, ahli keluarga saya di dewan ini.
“Sesiapa yang mengenali saya tahu bagaimana saya berusaha keras untuk memperoleh anugerah ini,” katanya selepas menerima anugerah itu. – AFP
0 comments:
Post a Comment