Beberapa hari yang lalu ada satu laporan akhbar tentang kisah pelakon yang dikatakan mabuk sehingga terpaksa dipapah kerana dipengaruhi alkohol. Antara hint yang diberikan ialah bekas pelakon kanak-kanak, sedang meningkat naik dan kini berlakon drama.
Di laman sosial, ramai yang meneka pelakon itu ialah Aedy Ashraf yang pernah menerajui Filem Tentang Bulan dan kini sedang berlakon dalam drama bersiri Oh My English. Lakonan Aedy Ashraf sememangnya amat baik mungkin mendapat bakat dan didikan lakonan dari ibunya sendiri yang juga seorang pelakon, Liza Zain.
Ada beberapa pihak yang mendakwa selalu nampak Aedy berparti, bersosial di kelab malam dan mabuk bersama rakan-rakan. Dan ini menguatkan lagi spekulasi Aedy Ashraf lah orangnya.
Dengan itu, wartawan Harian Metro sempat menemubual Aedy Ashraf. Ini kata Aedy Ashraf:
“Memang saya akui ada keluar parti dan bersosial. Kebetulan berkawan dengan orang lebih matang.
“Sebagai remaja, saya perlukan hiburan apabila penat bekerja. Tapi saya selalu sedar batasan sebagai Muslim dan artis. Tak adalah sampai saya mabuk seperti dikatakan itu,”
“Saya tak boleh buat apa. Orang yang kenal saya akan tahu saya. Saya keluar bersosial pun tak ganggu kerjaya. Saya jaga kerja dan menyusahkan orang,”
Dengan ini, Aedy telah menafikan beliau mabuk sehingga dipapah namun mengaku sering berhibur di kelab malam dengan rakan-rakan bila waktu lapang.
Sumber
0 comments:
Post a Comment