Akibat tidak tahan dengan segala tohmahan yang dilemparkan ke atasnya, akhirnya Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor tampil memberi kenyataan tegas berhubung kes khalwatnya yang sudah diperkatakan sekitar bulan Disember yang lalu.
Baru sebentar tadi, Neelofa telah memuat naik gambar resit penerbangannya ke Los Angeles di akaun Instagramnya sebagai bukti bahawa kes khalwat tersebut hanyalah fitnah semata-mata.
“Untuk mereka yang menganggap yang kononnya sy “LARI” selepas dituduh dgn fitnah kes khalwat pada 26th Dec 2013. Ini adalah receipt sy yang tertera ISSUE DATE: 18Dec2013 TIME: 12.37pm. Dan sekali lagi, kalau betul saya terlibat dgn tuduhan yg tak masuk akal itu, pastinya sy tidak dapat ke luar negara dan harus ditahan utk selesaikan kes tersebut.” – Neelofa.
Kasihan Neelofa. Baru setahun jagung berada dalam industri hiburan, pelbagai kontroversi yang terpaksa ditelan. Adat orang cantik, ada sahaja yang iri hati.
Untuk pengetahuan semua, pada Disember yang lalu, Neelofa telah didakwa ditangkap khalwat dengan seorang lelaki berstatus VIP selepas majlis pelancaran Galaxy Mobile App di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur.
Neelofa kini berada di LA kerana dia sedang menjalani kursus pendek dalam bidang lakonan di New York Film Academy.
0 comments:
Post a Comment