Friday 3 January 2014

Menteri Besar Terengganu Sekali Lagi Menjadi Hero.. [GAMBAR]

// // Leave a Comment

Kuala Terengganu: Meskipun sibuk berkejar ke beberapa lokasi bagi menghadiri program bersama rakyat yang disusun di sekitar Kijal, semalam, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said masih sempat membantu mangsa kemalangan di Seri Bandi, Kemaman.

Beliau yang kebetulan melalui kawasan itu untuk menghadiri program penyampaian bantuan Dana Bakti Remaja di Dewan Sivik Kijal, Kemaman jam 3.45 petang meminta pemandunya memberhentikan kenderaan sebaik ternampak kemalangan membabitkan dua buah kenderaan.

Kemalangan itu membabitkan kereta Proton Perdana dengan Perodua Viva dan kedua-dua mangsa cedera. Seorang daripada mangsa kemalangan itu turut tersepit dalam kereta.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Rosli Zakaria berkata, Ahmad yang berhenti di tempat kejadian kemudian cuba menyelamatkan mangsa termasuk membantu mengeluarkan mangsa tersepit di dalam kereta.

“Tetapi, mangsa itu tidak dapat dikeluarkan kerana keadaannya tersepit dan parah. Namun, beliau memberi kata semangat kepada mangsa yang menahan kesakitan.

“Kenderaan milik beliau juga digunakan untuk menghantar mangsa ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan rawatan,” katanya. -Hmetro










0 comments:

Post a Comment